Kursus Dendrologi (Herbarium) dan Pengecaman Isi Kayu

Pusat Latihan Perhutanan Pahang akan melaksanakan Kursus Dendrologi (Herbarium) dan Pengecaman Isi Kayu bagi kumpulan Renjer Hutan dan Pengawas Hutan sebagai latihan untuk meningkatkan kemahiran dan ulangkaji bagi menghadapi Peperiksaan Kompetensi yang akan diadakan pada Februari 2015. Kursus tersebut akan dilaksanakan dalam empat (4) siri seperti jadual di bawah:

Bil. Siri Kursus Tarikh
1. Siri 01/2015 26 hingga 27 Januari 2015
2. Siri 02/2015 28 hingga 29 Januari 2015
3. Siri 03/2015 02 hingga 03 Februari 2015
4. Siri 04/2015 04 hingga 05 Februari 2015

Kepada mana-mana kakitangan yang berminat bolehlah merujuk kepada pentadbiran masing-masing bagi tujuan pencalonan.

Cetak   Emel

Bencana Banjir di Negeri Pahang

Kuantan, 31 Disember 2014 - Sehingga artikel ini ditulis, hampir kesemua daerah dalam negeri Pahang telah dilanda banjir sejak lebih seminggu yang lalu. Bencana banjir ini juga telah menyebabkan ramai kakitangan awam tidak dapat hadir bertugas akibat kediaman dilanda banjir, terkandas dalam perjalanan dan juga terkandas di lokasi kediaman masing-masing akibat banyak jalan ditutup.

Bagi kes tidak dapat hadir bertugas disebabkan kecemasan am sebegini, penjawat awam bolehlah mendapatkan pengesahan kejadian kecemasan am daripada punca-punca berikut:

a)   Pegawai Daerah atau Penghulu,
b)   Balai Polis,
c)   Jabatan Penerangan,
d)   Jabatan Kebajikan Pasyarakat,
e)   Siaran media massa.

Ketua Jabatan bolehlah menimbang dan memperakui pengesahan berikut dan pegawai yang terlibat boleh diberi kebenaran tidak hadir berkerja akibat kecemasan am. Sebaik sahaja pegawai tersebut hadir bertugas semula, mereka perlu mengemukakan satu perakuan seperti di Lampiran A dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1986 - Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am. Perakuan ini mestilah mendapat pengesahan Ketua Jabatan masing-masing.

Cetak   Emel

Latihan Kemahiran Menembak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Kuantan, 4 Disember 2014 - Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan Latihan Kemahiran Menembak bagi pegawai-pegawai kanan dan anggota badan beruniform jabatan bertempat di Lapang Sasar Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing, Kuantan. Program ini telah mendapat kerjasama penuh dari pihak PGA yang memberi taklimat berkaitan penggunaan serta disiplin mengendali senjata api yang diketuai oleh Tuan ASP Amin bin Sidek. Setiap peserta juga telah membaca ikrar penggunaan lapang sasar yang dipimpin oleh Kopral Mohd Nordin bin Ahmad.

Seramai lebih kurang 80 orang peserta telah mengambil bahagaian dalam latihan tersebut. Hasil sasaran setiap peserta juga dipertandingkan dan pasukan dari Pejabat Perhutanan negeri Pahang muncul sebagai johan acara berkumpulan manakala Encik Mohd. Khairul bin Abdullah, Pegawai Hutan Daerah Bentong muncul sebagai johan acara individu. Johan bagi acara individu wanita pula telah diraih oleh Cik Azqan Dalila binti Ahmad Tajuddin, Penolong Pengarah Ladang Hutan, Kemasul.

Cetak   Emel

Kursus Lanjutan Penggunaan Perisian ArcGIS

Jerantut, 30 Oktober 2014 - Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya mengendalikan Kursus Lanjutan Penggunaan Perisian ArcGIS pada 28 hingga 30 Oktober 2014 bertempat di Persona Village Resort, Kg. Kuala Tahan, Jerantut. Pihak penganjur telah menjemput penceramah dan fasilitator dari Politeknik Sultan Haji AHmad Shah (POLISAS) dan telah disertai oleh 26 orang peserta dari seluruh jabatan.

Kursus kali ini mensasarkan penumpuan kepada pembangunan dan manipulasi data geospatial menggunakan perisian ArcGIS dengan kaedah yang lebih tepat dan mudah. Jabatan melihat penggunaan perisian ini akan dapat membantu melicinkan pengurusan data geospatial perhutanan terutamanya pengurusan maklumat sumber hutan.

Kursus telah berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Cetak   Emel

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan Penghargaan Kepada Persara JPN Pahang

Kuantan, 14 Oktober 2014 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan Penghargaan Kepada Pesara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Oktober 2014 bertempat di Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YH. Dato' Toantawee bin Mohd Lotfie, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan).

Seramai 108 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan majlis turut meraikan 40 orang pesara serta 8 orang kakitangan yang telah mencapai 30 tahun perkhidmatan. Turut dikenang pada majlis tersebut ialah 8 orang kakitangan jabatan yang telah menninggal dunia sepanjang tahun 2014. Seperti tahun sebelumnya, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang telah menghargai usaha dan prestasi kakitangannya dengan menganugerahkan dua Anugerah Pengarah Perhutanan Negeri Pahang yang diterima oleh Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera bagi kategori Pusat Tanggungjawab Terbaik dan Unit Pengurusan Hutan bagi kategori Bahagian Dalam Pembangunan Terbaik. Manakala Anugerah Khas Pengarah Perhutanan Negeri Pahang telah dimiliki oleh Unit Biji Benih dan Tanaman sebagai menghargai kakitangannya yang berkemahiran dan turut diiktiraf oleh agensi lain.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.