• Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Raub, 12 Mac 2014 - Majlis Perjumpaan/Taklimat Kepada Penduduk Kampung/Pelesen/Kontraktor oleh Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands dan Jabatan Perhilitan telah dilakukan pada 12 Mac 2014 bertempat di Balai Raya Kampung Ulu Renggol, Raub. Majlis tersebut turut dihadiri oleh kakitangan Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands. Kehadiran termasuk kakitangan PHD adalah 40 orang.

Taklimat 1 yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands, Encik Muhammad Sofee b. Mohammad adalah  berkaitan dengan kepentingan hutan, sumber hutan serta peraturan dan aspek-aspek perundangan terutamanya di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK), Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Disentuh juga berkaitan dengan Pensijilan MC&I; tujuan, keperluan dan pelaksanaannya di dalam HSK; termasuk juga keperluan perlindungan spesies flora yang tersenarai dalam ERT. Manakala Taklimat 2 oleh Jabatan Perhilitan adalah berkaitan dengan kepentingan hidupan liar, peraturan dan aspek perundangan berkaitan dengan hidupan liar di Malaysia. Perkara pokok yang disentuh adalah hebahan berkenaan perlindungan spesies fauna yang tersenarai dalam ERT. Taklimat disampaikan oleh Ketua Perhilitan Daerah Raub En. Muhamad Norhisham b. Yahya.

Antara kumpulan sasaran yang hadir ke majlis tersebut ialah wakil kontraktor lesen pembalakan RBT 03/2013 (KP) Yayasan Pahang, pekerja pelesen/kontraktor lesen pembalakan RBT 03/2013 (KP) Yayasan Pahang, ahli JKKK Kampung Ulu Rengol, Raub dan Tok Batin dan penduduk orang asli berhampiran.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Isnin 17 Disember 2018.
Harini 2
Semalam 0
Minggu Ini 2
Bulan Ini 44
Jumlah Pelawat 23256

Test

sasasasasasasasa