Program Penanaman Pokok Hutan (Go Green With SASET)

Jerantut, 1 November 2015 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berkerjasama dengan Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) bagi menjayakan Program Penanaman Pokok Go Green With SASET yang bertempat di Kompt 6B Hutan Simpan Tekai Tembeling, Jerantut, Pahang. Program ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 30 Oktober 2015 hingga 1 November 2015.

Seramai 256 orang peserta telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada pelajar SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan, SMK Padang Saujana, penduduk Kampung Pagi, pensyarah dan pelajar Universiti Lim Kok Wing, pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sendiri. Lebih kurang 3,500 anak pokok dari spesies Merawan Siput Jantan, Meranti Sarang Punai, Meranti Tembaga dan Meranti Bukit ditanam di lorong penarik dan matau sementara kawasan lesen CJ-01-26-15(KP/K) dalam hutan simpan tersebut.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Jerantut dan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Cetak   Emel

Penguatkuasaan Kenaan Bayaran Masuk ke Air Terjun Pelangi

Dimaklumkan bahawa bermula 1 November 2015, setiap pengunjung yang memasuki Air Terjun Pelangi yang terletak dalam Hutan Simpan Remen Chereh akan dikenakan bayaran permit memasuki hutan simpan kekal (Borang 6) sebanyak RM5 seorang. Bayaran akan dikutip oleh pihak JKKKB Kampung Seberang Baru, Sungai Lembing selaku pemegang permit pengurusan Air Terjun Pelangi yang sah dan bayaran tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Manakala bayaran sebanyak RM3 seorang akan turut dikenakan oleh pihak JKKB bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan jalan, kemudahan awam serta penjagaan kebersihan di kawasan rekreasi tersebut.

Sekian, terima kasih.

Cetak   Emel

Kursus Pengenalan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (HCVF)

Bentong, 15 September 2015 - Kursus Pengenalan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi/High Conservation Value Forest (HCVF) bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya dijalankan pada 14 hingga 15 September 2015 bertempat di Pejabat Pembangunan Hutan Lentang, Bentong. Kursus anjuran Pusat Latihan Perhutanan Pahang ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan dan kakitangan beruniform jabatan.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan pengurusan dan penubuhan petak HCVF yang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah mendedahkan peserta kepada konsep pengurusan kawasan HCVF dan amali di lapangan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Samsu Anuar bin Nawi, Penolong Pengarah Kanan, Penilaian Maklumat Sumber Hutan, JPSM.

Dengan terlaksananya kursus ini, kakitangan jabatan mampu mengurus kawasan HCVF dan seterusnya dapat mempraktikkan amalan pengurusan terbaik bagi memelihara kawasan hutan di negeri Pahang.

Cetak   Emel

Kursus Pengurusan Pokok Bahaya Di Hutan Lipur

Temerloh, 3 September 2015 - Kursus Pengurusan Pokok Bahaya di Hutan Lipur bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya dijalankan pada 1 hingga 3 September 2015 bertempat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh. Kursus anjuran Pusat Latihan Perhutanan Pahang ini telah dihadiri oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan beruniform iaitu Pengawas Hutan dan Pembantu Awam.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada kakitangan jabatan khususnya yang terlibat secara langsung dengan pengurusan hutan lipur di negeri Pahang. Kursus ini menekankan kepentingan penilaian serta pengurusan pokok berbahaya di hutan lipur sebagai langkah penjagaan keselamatan petugas dan pengunjung khasnya. Selama tiga (3) berkursus, peserta didedahkan secara teori dan amali oleh penceramah jemputan dari Bahagian Forest Eco-Park dan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) iaitu Encik Razis bin Othman, Encik Muhammad Firdaus bin Khadlan dan Encik Zulkifli Asmawi bin Mohamed Ameri.

Dengan terlaksananya kursus ini, kakitangan jabatan diharapkan telah mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus pokok berbahaya di hutan lipur supaya dapat menjamin keselamatan pengunjung ketika menjalankan aktiviti di hutan lipur di samping meningkatkan lagi mutu pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Cetak   Emel

Penutupan Sementara Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri

Dimaklumkan mulai 1 November 2015 hingga 31 Januari 2016, Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri di Negeri Pahang akan ditutup kepada pengunjung untuk menjalankan aktiviti termasuk pendakian gunung disebabkan musim hujan. Pengunjung yang tidak mematuhinya, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09 -5732911 - 2914.

Cetak   Emel

  • 1
  • 2

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.