Op Gempur Zon Pahang Timur

26 Januari 2017, Kuantan - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah berkerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Kem Bukit Galing, Kuantan telah berjaya melaksanakan Op Gempur Zon Pahang Timur pada 22 hingga 26 Januari 2017. Operasi yang derpusat di Pusat Latihan Perhutanan Pahang, Belimbing, Kuantan itu bertujuan untuk menggempur lokasi panas (hot spot) dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah dikenalpasti diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu operasi tersebut turut bertujuan untuk membanteras aktiviti pencerobohan HSK di Negeri Pahang terutamanya di kawasan Zon Pahang Timur, mengukuhkan aktiviti semakan ke atas Industri Berasas Kayu (IBK) yang berdaftar, menjamin pengeluaran di Balai Pemeriksaan Hutan mengikut prosedur yang ditetapkan dan memberikan pendedahan kepada peserta tentang aktiviti penguatkuasaan di lapangan. 

Operasi ini mempunyai kekuatan anggota seramai 63 orang dan 12 buah kenderaan pacuan 4 roda yang meliputi kawasan dari daerah Rompin, Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh dan Bera. Hasil dari operasi yang dijalankan beberapa jentera serta hasil kayu telah dirampas dan disita. Terdapat juga tapak kilang haram ditemui didirikan di dalam HSK yang diceroboh dan perkara ini akan diambil tindakan berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang komited dan serius dalam menangani aktiviti pencerobohan dalam HSK. Maka operasi ini adalah satu amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab serta sebagai pengajaran kepada pihak lain supaya tidak melakukan kesalahan hutan yang sama.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.