• Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Pengenalan

Bunga Pakma atau Rafflesia adalah merupakan spesies bunga yang terbesar dan mempunyai rupa bentuk yang menarik. Spesies bunga ini boleh dijumpai dalam beberapa kawasan hutan di Malaysia yang mana mempunyai habitat yang sesuai untuk bunga ini seperti di negeri Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2006, bunga pakma telah ditemui di kompartmen 11, Hutan Simpan Gunung Benom dan rentetan daripada penemuan tersebut pihak Jabatan telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (HCVF). Sebanyak 3 petak telah dikenalpasti sebagai kawasan habitat bunga pakma yang meliputi kawasan seluas 0.7 ha.

Bagi memelihara dan memulihara spesies bunga tersebut, pihak Jabatan telah melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap kawasan ini secara berkala. Usaha ini dilakukan bagi memastikan habitat bunga ini sentiasa terjamin dan mengelakkan daripada gangguan anasir-anasir luar serta untuk melihat pola pertumbuhan spesies ini.

Pemantauan

Bagi tahun 2011, pemantauan telah dilakukan pada bulan Jun, Julai dan Oktober. Bagi bulan Jun, petak 1 menunjukkan tiada pertumbuhan bunga, petak 2 menunjukkan pertumbuhan 10 kuntum bunga (4 kuntum baru berputik, 3 kuntum belum berkembang dan 3 kuntum telah reput) dan petak 3 menunjukkan tiada pertumbuhan bunga.

Bagi bulan Julai pula, petak 1 menunjukkan tiada pertumbuhan, petak 2 menunjukkan pertumbuhan 4 kuntum bunga (2 kuntum bunga yang baru dan 2 kuntum bunga yang telah mati). Manakala bagi bulan Oktober, petak 1 menunjukkan tiada pertumbuhan bunga, petak 2 menunjukkan pertumbuhan 4 kuntum bunga (3 kuntum baru berputik manakala 1 kuntum telah mati) dan petak 3 menunjukkan pertumbuhan 12 kuntum bunga baru.

Pemerhatian dan Kesimpulan

Daripada maklumat tersebut menunjukkan tiada pertumbuhan baru bagi petak 1 sepanjang tempoh pemantauan yang telah dilakukan berbanding dengan petak 2 dan 3 yang menunjukkan pertumbuhan yang aktif. Ini adalah kerana mungkin disebabkan oleh faktor pengcahayaan yang lebih di petak 1 yang mana terdapat pokok tumbang dan ini telah membuka ruang di kawasan tersebut dan ini menyebabkan bunga pakma sudah tidak bercambah lagi di situ. Selain itu, faktor persekitaran fizikal juga memainkan peranan terhadap percambahan bunga pakma ini kerana petak 1 ini lebih hampir dengan jalan dan menjadi tumpuan pengunjung. Oleh yang demikian, tekanan daripada luaran telah mengakibatkan bunga pakma tersebut sudah tidak berbunga lagi di kawasan itu. Bagi petak 2 dan 3 pula menunjukkan pertumbuhan yang aktif bagi bunga pakma ini. Ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan juga nutrient yang mencukupi bagi kawasan tersebut untuk menjadi habitat bagi spesies bunga ini.

Oleh yang demikian, berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi daripada pemantauan bulanan ini, pihak jabatan akan melakukan beberapa penambahbaikan di kawasan yang tiada lagi percambahan bunga seperti menanam pokok di kawasan yang telah terbuka naungannya akibat pokok tumbang bagi mengurangkan kadar pengcahayaan terus ke kawasan petak tersebut. Pemerhatian yang lebih terperinci juga akan dilakukan bagi mengetahui faktor yang menyebabkan tiada lagi percambahan bunga di kawasan tersebut terutamanya di petak 1. Selain itu, Jabatan juga akan menilai semula carrying capacity pengunjung yang dibenarkan masuk ke kawasan ini bagi satu-satu masa bagi menggelakkan berlakunya tekanan terhadap habitat bunga ini dan dapat mengekalkan percambahan bunga di kawasan ini.

Hasil daripada pemantauan ini juga seperti di petak 2 dan 3, kita dapat melihat pola percambahan bunga ini pada setiap bulan dan maklumat tersebut dapat disimpan sebagai rujukan untuk pihak Jabatan dan juga universiti mahupun agensi luar yang ingin menjalankan kajian yang lebih terperinci tentang bunga pakma tersebut. Selain itu, dengan adanya rekod ini, pihak Jabatan dapat menggunakan maklumat yang ada bagi mengawal jumlah pengunjung pada satu-satu masa di dalam kawasan petak tersebut bagi mengurangkan tekanan persekitaran agar percambahan bunga tersebut tidak tergangu. Pemerhatian dan penilaian yang lebih terperinci berkaitan populasi bunga pakma di kawasan ini akan dijalankan agar pemeliharaan dan pemuliharaan habitat ini sentiasa terjamin.

* Orang awam dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) boleh mencadangkan kawasan HCVF yang baru kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). JPNP akan membuat semakan di lapangan dan jika sesuai serta masuk dalam satu kategori HCVF, cadangan tersebut akan dipertimbangkan dan konsultasi stakeholder akan dijalankan.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Disember 2018.
Harini 1
Semalam 1
Minggu Ini 4
Bulan Ini 46
Jumlah Pelawat 23258

Test

sasasasasasasasa