2012 Family Day

Dalam usaha mengukuhkan lagi semangat kerjasama dalam pasukan kerja dan kasih sayang dalam keluarga, Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (PEKSJAP) telah menganjurkan Hari Keluarga Jabatan Perhutanan Negeri Pahang 2012 pada 24 Mac 2012 yang lepas. Pada kali ini Hutan Lipur Sungai Pandan, Kuantan telah dipilih sebagai lokasi Hari Keluarga 2012. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 kakitangan beserta kelurga masing-masing dan dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) Pahang merangkap Pengerusi PEKSJAP, YH. Dato' Haji Mohd Paiz Bin Kamaruzaman. Pelbagai acara telah diadakan untuk semua peringkat umur antaranya sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan teka biji buah betik, cabutan bertuah, gotong royong dan menanam pokok. Acara terakhir Hari Keluarga diserikan dengan pertandingan tarik tali yang menyaksikan kumpulan Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan telah mengalahkan kumpulan daripada pengusaha Hutan Lipur Sungai Pandan, Syarikat Sri Pancing Timur.

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.