• Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Tanggal 17 Februari 2012 telah diadakan Majlis Bacaan Ikrar 2012. Kali ini majlis diadakan di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak. Majlis ini mengumpulkan kakitangan Pejabat Hutan Negeri, Pejabat Pembangunan, Pejabat Sivilkutur (PSN), Ladang Hutan dan Pejabat Hutan Daerah (PHD). Pada majlis ini Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Mohd Paiz Bin Kamaruzaman mengucapkan tahniah atas kutipan hasil yang tinggi dan mengingatkan semua kakitangan agar terus meningkatkan kualiti kerja dan peribadi diri. Seterusnya upacara bacaan ikrar yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi), Encik Lim Kee Ling. Pada majlis ini, turut diselitkan penyampaian sijil penghargaan kepada PHD Kuantan/ Pekan/ Maran (Kutipan Hasil Balak Tertinggi), PHD Raub/ Cameron Highlands (Prestasi Tertinggi Pelaksanaan HRMIS) dan PSN Barat, Raub (Pencapaian Sasaran 7 Hari Berkursus).

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 24 Mei 2019.
Hari Ini 52
Semalam 88
Minggu Ini 764
Bulan Ini 4096
Jumlah Pelawat 45880

Test

sasasasasasasasa