• Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Kuantan, 3 September 2015 - Unit Penguatkuasaan Zon Pahang Timur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan Latihan Kemahiran Menembak bagi pegawai-pegawai kanan dan anggota badan beruniform jabatan bertempat di Lapang Sasar Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing, Kuantan. YH. Dato' Mohd Paiz bin Kamaruzaman, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang telah merasmikan program tersebut pada jam 8.30 pagi dan diikuti dengan sesi taklimat berkaitan penggunaan serta disiplin mengendali senjata api oleh Tuan ASP Amin bin Sidek dari PGA Kem Bukit Galing. Pihak jabatan turut mendapat bimbingan dan nasihat dari Sarjan Mejar Hamdan bin Abdullah daripada Unit Senjata Api, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi pelaksanaan latihan ini. Sebelum latihan dimulakan, semua peserta telah mengangkat ikrar penggunaan lapang sasar sebagai akurjanji sebelum latihan.

Program yang bermula dengan pendaftaran jam 8.00 pagi itu telah disertai oleh 60 orang peserta dari pelbagai kumpulan dan gred jawatan. Hasil sasaran menembak setiap peserta juga dipertandingkan dan pasukan dari Unit Penguatkuasaan Zon Pahang Barat muncul sebagai johan acara berkumpulan manakala Encik Mohd. Khairul bin Abdullah, Pegawai Hutan Daerah Bentong muncul sebagai johan acara individu. Johan bagi acara individu wanita pula telah diraih oleh Puan Zahariah binti Zainal Abidin, Penolong Pengarah Penguatkuasaan Zon Pahang Timur.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 24 Mei 2019.
Hari Ini 54
Semalam 88
Minggu Ini 766
Bulan Ini 4098
Jumlah Pelawat 45882

Test

sasasasasasasasa