• Majlis Perasmian PPP Keratong
  • Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Kuantan, 27 Oktober 2016 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat dan Penghargaan kepada Pesara JPNP Tahun 2016 bertempat di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Pada majlis tersebut, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato' Indera Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman telah menyampaikan amanat kepada lebih kurang 300 kakitangan jabatan yang hadir. Dalam ucapan beliau, turut dinyatakan bahawa khidmat pesara jabatan masih lagi boleh digunakan berdasarkan kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki oleh pesara tersebut.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan kakitangan yang telah dan akan bersara pada tahun 2016, jabatan telah menyampaikan saguhati serta sijil penghargaan kepada 59 orang pesara pada majlis tersebut. Turut dirai pada hari tersebut ialah 15 orang kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun. Turut berucap pada majlis tersebut ialah Encik Najmuddin bin Johar yang mewakili para pesara sebagai penghargaan dan peluang menyampaikan kata-kata penghargaan kepada jabatan. Beliau turut menyelitkan pesanan kepada kakitangan sedang berkhidmat bahawa setiap masalah yang timbul dalam tugasan harian perlulah dirujuk bersama ketua masing-masing bagi mendapatkan penyelesaian.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 September 2019.
Hari Ini 32
Semalam 149
Minggu Ini 32
Bulan Ini 4084
Jumlah Pelawat 65257

Test

sasasasasasasasa