Jamuan Raya Aidilfitri 1434H

Bukit Sekilau, 30 Ogos 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melalui Persatuan Kebajikan dan Sukan JPNP (PEKSJAP)  telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1434H bertempat di Pejabat Pembangunan Hutan, Bukit Sekilau bermula jam 2.45 petang dan berakhir jam 4.30 petang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh kakitangan JPNP termasuk semua Pejabat Hutan Daerah dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing. Pengarah Perhutanan Negeri Pahang selaku Pengerusi PEKSJAP, Dato' Haji Mohd. Paiz bin Kamaruzaman turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan yang hadir serta sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim di kalangan anak kakitangan sendiri. Sumbangan kepada anak yatim tersebut disampaikan melalui ketua jabatan masing-masing.

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.