• Home
  • Icon Media
  • Archives
  • News
  • 2010
  • Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 dan Meraikan Pesara-Pesara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Kursus Asas Penggunaan GPS dan GIS Bagi Kakitangan Pejabat Hutan Daerah Lipis

Lipis, 19 April 2013 - Pejabat Hutan Daerah Lipis telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan GPS dan GIS kepada kakitangannya pada 17 hingga 19 April 2013 bertempat di pejabat tersebut. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah menjemput beberapa orang penceramah dari PHD lain iaitu Encik Azni bin Abd Manaf dan Encik Ibrahim Adham bin Khalib dari PHD Temerloh, Encik Yusree bin Bidin dari PHD Raub dan Encik Mohamad Faizal bin Mahmud dari PHD Lipis.

Kursus ini memberi peluang kepada kakitangan untuk menambah kemahiran menggunakan peralatan sokongan GPS dan kemahiran menggunakan perisian GIS dalam pengurusan operasi harian. Peserta juga telah dibawa ke Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis untuk menjalani latihan amali penggunaan GPS di lapangan. Encik Nor Shahrini bin Nordin Ahmad telah merasmikan majlis perasmian dan penutup kursus ini.

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.