Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Di Sektor Perladangan

Mentakab, 2 September 2013 - Seramai 80 orang kakitangan Pejabat Ladang Hutan Kemasul telah menyertai Kursus Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Di Sektor Perladangan pada 2 hingga 4 September 2013 bertempat di pejabat tersebut. Peserta yang terlibat adalah dari Gred 22 hingga Gred 3. Kursus yang mendapat kerjasama dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ini telah dikendalikan oleh empat orang penceramah iaitu Encik  Saifuladili bin Jaafar, Encik Mohd. Lokman Nurhafiz bin Mohd. Yusof dan Puan Siti Rahimah bt. Ramli dari JKKP sendiri manakala Encik Fadzli bin Khalid dari Syarikat Bayer.

Dalam kursus ini peserta telah diberi pendedahan dan demonstrasi penggunaan Peralatan Perlindungan Diri/Personal Protective Equipment (PPE) semasa menjalankan tugas di samping menerangkan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan menerangkan peraturan pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan atau penyakit pekerjaan. Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Cik Azqan Dalila binti Ahmad Tajudin, Pengolong Pengarah Ladang Hutan pada 4 September 2013.

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.