Kursus Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FMRS Plus) Tahun 2013

Genting Highlands, 30 Oktober 2013 - Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan kerjasama Seksyen Geoformatik, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Kursus Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FMRS Plus) Tahun 2013 bertempat di Genting View Resort, Genting Highlands bermula 30 Oktober 2013 hingga 1 November 2013. Kursus tersebut dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Renjer Hutan dan pengawas Hutan bagi sesi pertama pada 30 hingga 31 Oktober 2013 manakala kumpulan pegawai-pegawai kanan bagi sesi kedua pada 30 Oktober hingga 1 November 2013.

Seramai 38 peserta telah menghadiri sesi pertama dan 26 orang peserta pada sesi kedua dan tiga orang penceramah yang dijemput ialah Encik Mohd Basri bin Mahidin @ Mohiden, Puan Noorazila binti yatim dan Cik Erni Marlina binti Mohamed Roslan. ketiga-tiga penceramah ini adalah dari Seksyen Georformatik, JPSM. Antara pegawai yang turut hadir ke kursus ini ialah Encik Lim Kee Leng, Timbalan Pengarah (Operasi), Encik Norhaidi bin Yunus, Timbalan Pengarah (Pembangunan I) dan Haji Abdul Khalim bin Abu Samah, Timbalan Pengarah (Pembangunan II). Kursus berakhir jam 12.30 tengahari pada 1 November 2013.

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.