• Audit Luar MC&I JPNP 2019
  • Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Syabas! Itulah perkataan yang harus diucapkan kepada kontinjen Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) atas kejayaan meraih gelaran Juara Keseluruhan pada Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan (MAKSPER) 2011 yang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu selama 3 hari dari 26 hingga 28 Mei 2011. Kontinjen JPNP mengungguli tempat pertama bagi 5 acara sukan iaitu Bola Tampar (Lelaki), Badminton, Karom, Dart dan Catur. Selain itu, pasukan Bola Jaring, Tarik Tali, Lari Berganti-ganti Jalan Raya, Ping Pong dan Bola Tampar (Wanita) turut menyumbangkan ke arah kejayaan kali ini.

Piala Pusingan Juara Keseluruhan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia merangkap Yang Di Pertua MAKSPER ,YBhg. Dato’ Razani bin Ujang, kepada wakil kontinjen Pahang, Encik Norhaidi bin Yunus, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) JPNP pada upacara penutup kejohanan pada 28 Mei 2011. Upacara penyampaian tersebut turut disaksikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman yang turut turun padang selama 3 hari kejohanan tanda sokongan terhadap pemain. Secara keseluruhan, kontijen JPNP telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta telah mengharumkan nama JPNP dengan membuktikan usaha dan kesungguhan untuk berjaya dalam kejohanan ini. Tahniah dan Terima Kasih!

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 21 Februari 2019.
Hari Ini 150
Semalam 262
Minggu Ini 869
Bulan Ini 3327
Jumlah Pelawat 28142

Test

sasasasasasasasa