Port Dickson, 21 Mac 2014 - Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Pusat Pendidikan Pelancongan Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan tema “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.