• Audit Luar MC&I JPNP 2019
  • Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Bera, 5 Jun 2014 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan kerjasama pihak Pengurusan RAMSAR serta jabatan-jabatan kerajaan di daerah Bera telah mengadakan Majlis Pra Pelancaran Go Green With Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) Peringkat Daerah Bera  bertempat di Tapak Ramsar, Hutan Simpan Tasek Bera. Pra pelancaran ini adalah merupakan permulaan kepada pelancaran sebenar yang akan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang pada tarikh yang akan ditetapkan nanti. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Datuk Dr. Abdul Rahim bin Haji Nik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman, ADUN Kemayan, YB. Dato' Mohd Fadil bin Osman, Pegawai Daerah Bera, Tuan Haji Shamsuddin Sah bin Mohd Said dan juga Pengarah Operasi SASET, YBhg. Dato` Aida binti Jusuf.

Turut menjayakan program tersebut ialah kakitangan-kakitangan dari beberapa jabatan kerajaan sekitar daerah Bera dan pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Sebanyak lebih kurang 1,000 anak pokok berjaya ditanam pada program tersebut dan dijangkakan sebanyak 4,000 lagi anak pokok akan ditanam pada majlis pelancaran sebenar nanti.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 21 Februari 2019.
Hari Ini 135
Semalam 262
Minggu Ini 854
Bulan Ini 3312
Jumlah Pelawat 28127

Test

sasasasasasasasa