• Audit Luar MC&I JPNP 2019
  • Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Cameron Highlands, 30 September 2014 - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) serta beberapa agensi lain di bawah NRE telah melaksanakan Program Kerjasama Strategik : Penanaman Pokok di Cameron Highlands yang bertempat di Kompartmen 4, Hutan Simpan Terla, Mukim Telom, Cameron Highlands. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Datuk Seri G. Palanivel yang juga merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato' Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang serta Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Sri Zoal Azha bin Yusof.

Program ini telah mendapat kerjasama dari tujuh rakan kongsi strategik iaitu Tesco (M) Sdn. Bhd., Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (K.S.S.B), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Golden Ecosystem Sdn. Bhd. (GESB). Kesemua rakan strategik ini masing-masing diberi kawasan penanaman pokok dalam empat buah Hutan Simpanan Kekal (HSK) dengan keluasan 26 hektar keseluruhannya. Syarikat-syarikat tersebut akan membiayai kos penyediaan anak pokok, kerja-kerja penanaman dan penyelenggaraan selepas tanaman bagi tempoh lima tahun.  

Selain rakan strategik, turut menjayakan program tersebut ialah pelajar-pelajar sekolah dari seluruh Cameron Highlands seramai 300 orang, 250 orang belia sukarelawan 1M4U, 50 orang ahli Puspanita JPNP dan NRE, pegawai-pegawai kementerian dan jabatan di bawah NRE serta kakitangan JPNP sendiri. Sebanyak lebih kurang 1600 anak pokok telah berjaya ditanam pada hari tersebut yang terdiri daripada spesies meranti bukit, damar minyak, rhu bukit dan podo kebal musang gunung. Turut dilancarkan pada hari tersebut ialah pasukan 1 NRE Command Centre di Cameron Highlands (1 NCC) yang bertugas sebagai pasukan yang akan melaksanakan aktiviti rondaan dan pemantauan udara secara sistematik dan berkala. Selain itu, majlis turut melancarkan Sistem Lesen Pendudukan Sementara Elektronik (eLPS) yang dibangunkan oleh Pasukan Projek e-Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi tujuan mengautomasikan sistem permohonan dan pemantauan pembangunan tanah LPS dan Permit (Borang 4A, 4B dan 4C) di bawah Program Cameron Highlands Dreams.

Selesai pelancaran, program diteruskan dengan acara menanam pokok dan seterusnya jamuan makan tengahari. Semua jemputan mula bersurai jam 12.30 tengahari.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 21 Februari 2019.
Hari Ini 154
Semalam 262
Minggu Ini 873
Bulan Ini 3331
Jumlah Pelawat 28146

Test

sasasasasasasasa