Pengumuman Terkini

Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (High Conservation Value Forest- “HCVF”)

Pada masa kini, pengurusan hutan bukan hanya tertumpu kepada pengekalan pengeluaran sumber hutan secara berkekalan, akan tetapi pengurusan hutan lebih menumpukan kepada pengurusan pelbagai sumber yang merangkumi nilai ekonomi, persekitaran dan sosial. Oleh yang demikian, bagi memenuhi keperluan pemeliharaan hutan, pengurus hutan perlu mengenalpasti kawasan-kawasan di dalam hutan yang dianggap unik atau sangat tinggi tahap kepentingan nilainya berdasarkan beberapa kriteria yang telah dipersetujui dan kawasan ini ditakrifkan sebagai Hutan Yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (HCVF). HCVF ini telah diperkenalkan oleh Forest Stewardship Council (FSC) pada tahun 1999 di mana ianya merupakan Prinsip 9 dalam keperluan pensijilan hutan atau Malaysian Criteria & Indicator (MC&I 2001). FSC pula telah mengkategorikan HCVF sebagai kawasan hutan yang mengandungi nilai-nilai seperti berikut:-

  1. Kawasan hutan yang mengandungi tumpuan nilai-nilai biodiversiti yang penting pada peringkat global, serantau dan negara (contohnya: kawasan perlindungan, spesies terancam dan dilindungi, spesie bersifat endemic dan kawasan genting bermusim);
  2. Hutan-hutan bertahap landskap yang luas pada peringkat global, serantau atau negara;
  3. Kawasan-kawasan hutan yang berada di dalam ekosistem yang langka atau terancam, ataupun yang mengandungi ekosistem yang langka atau terancam;
  4. Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan alam semulajadi yang asas dalam situasi genting (contohnya: kawasan tadahan air, kawalan hakisan tanah);
  5. Kawasan-kawasan hutan yang penting untuk memenuhi keperluan asas komuniti tempatan (contohnya: sara hidup, kesihatan); dan
  6. Kawasan-kawasan hutan yang sangat penting kepada identiti kebudayaan tradisional komuniti tempatan.

Malaysian Timber Certification Council (MTCC) telah menerima pakai definisi HCVF tersebut dalam proses menggubal standard MC&I (2002) untuk pensijilan perhutanan di Malaysia. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah mengambil langkah positif terhadap perkara ini dengan mengenalpasti kawasan-kawasan dan juga sumber-sumber yang bernilai tinggi yang terdapat di dalam hutan di negeri Pahang untuk diisytiharkan sebagai HCVF. Sehingga kini di Negeri Pahang, terdapat satu kawasan yang telah diisytiharkan sebagai HCVF iaitu Rafflesia di Hutan Simpan Gunung Benom dan dua kawasan cadangan untuk ditubuhkan sebagai HCVF iaitu Padang Tujuh di Hutan Simpan Endau dan Bukit Bangkong di Hutan Simpan Pekan.

Pewartaan kawasan-kawasan ini sebagai kawasan HCVF akan membantu pihak Jabatan dalam pengawalan, pemantauan dan pengekalan habitat serta sumber-sumber unik yang terdapat di negeri Pahang. Ini kerana, kawasan HCVF ini bukan hanya tertumpu untuk pemeliharaan sahaja bahkan ia menjadi kawasan tumpuan penyelidik untuk membuat kajian dan menjadi salah satu kawasan tarikan untuk eko-pelancongan. Jabatan juga mengambil usaha untuk menyediakan rancangan pengurusan HCVF dalam masa terdekat ini bagi memastikan pemeliharaan dan pemantauan kawasan HCVF dapat dilaksanakan secara teratur dan keunikan sumber yang terdapat di dalamnya sentiasa terpelihara serta memenuhi keperluan sosial masyarakat setempat dan juga global.

Berikut ialah maklumat berkaitan HCVF di Negeri Pahang :-

 

HCVF di Lata Jarum di Hutan Simpan Gunung Benom  Pengenalan
Rancangan Pengurusan HCVF Di Lata Jarum, Hutan Simpan Gunung Benom
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2014
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2015
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2016
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2017
HCVF di Padang Tujuh di Hutan Simpan Endau Pengenalan
Rancangan Pengurusan HCVF di Padang Tujuh, Hutan Simpan Endau
HCVF di Hutan Paya Laut, Hutan Simpan Rompin Bancian Cadangan HCVF di Hutan Paya Laut, Hutan Simpan Pontian
Rancangan Pengurusan HCVF di Hutan Simpan Paya Bakau Pontian 
HCVF di Hutan Simpan Lentang, Bentong Penubuhan HCVF Shorea Bentongensis di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong
Bancian Spesies Shorea Bentongensis Di Kawasan Hutan Simpan Lentang, Bentong Pahang
HCVF Di Hutan Simpan Paya Pasir, Temerloh Pengenalan
Rancangan Pengurusan HCVF di Hutan Simpan Paya Pasir, Temerloh
Laporan Bancian Tahun 2014
Laporan Bancian Tahun 2016
Laporan Bancian Tahun 2017

 Muat Naik Borang Penubuhan Baru HCVF. Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan kawasan yang mempunyai nilai-nilai yang dinyatakan 

Tags: HCVF,, HutanYang Tinggi Nilai Pemuliharannya,

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.