RAUB, 5 Januari 2020 - Seramai 80 peserta telah menyertai Program Tinjauan Rafflesia di TER Lata Jarum, Raub yang mana ianya melibatkan Ketua-ketua Jabatan Peringkat Daerah, wakil-wakil penduduk dan institusi pengajian tinggi.

Kawasan ini merupakan Kawasan Konservasi Bernilai Tinggi (HCVF) di bawah pemantauan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang melalui Unit Silvikultur Pahang Barat dan Pejabat Hutan Daerah Raub bagi memastikan bunga pakma ini sentiasa dipelihara secara in-situ.

Nama saintifik bunga pakma ini adalah Rafflesia Cantleyi yang hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia dan Pulau Tioman sahaja.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Kesedaran awam bagi memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan keunikan bunga pakma ini serta peranan masyarakat dalam membantu Jabatan mengekalkan warisan alam ini secara berkekalan.

Kawasan ini merupakan hutan tertutup dan memerlukan permit memasuki Hutan Simpan bagi tujuan ekopelancongan dan pembelajaran.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 November 2021.
Hari Ini 106
Semalam 245
Minggu Ini 1611
Bulan Ini 7545
Jumlah Pelawat 228458

Test

sasasasasasasasa