PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA (TER), HUTAN TAMAN NEGERI (HTN) DAN KAWASAN EKOPELANCONGAN DI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) DI NEGERI PAHANG

(19 FEBRUARI 2021 SEHINGGA SATU TEMPOH YANG AKAN DIBERITAHU SEMULA) 

Dimaklumkan mulai 19 Februari 2021 sehingga satu tempoh yang akan diberitahu semula, semua Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) dan kawasan ekopelancongan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahang akan ditutup kepada semua pengunjung.  Penutupan sementara ini adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan Covid-19. Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, treking, sukan lasak berkenderaan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini. 

Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09-5732911 / 2914.

 

 

ANNOUNCEMENT

TEMPORARY CLOSURE OF FOREST ECO-PARKS, STATE PARK FORESTS AND RECREATIONAL AREAS IN PERMANENT FOREST RESERVES IN THE STATE OF PAHANG

(19 FEBRUARY 2021 UNTIL A PERIOD TO BE RE-NOTIFIED)

Hereby to inform effective from 19 February 2021 until a period to be re-notified, all Forest Eco-Parks, State Park Forests and ecotourism sites in Permanent Reserves Forest in Pahang will be closed to all visitors.  This temporary closure is in line with the Conditional Movement Control Order (CMCO) imposed by the Government of Malaysia to curb the spread of Covid-19 infection.  Therefore, all recreational activities that include mountain climbing, trekking, extreme sports involving vehicles, etc are not allowed during this period.

If any visitor/individual disobeys this announcement, a strict punishment will be charged under National Forestry Act 1984.  For any inquiries, please contact Pahang State Forestry Department : 09-573 2911/2914.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 November 2021.
Hari Ini 106
Semalam 245
Minggu Ini 1611
Bulan Ini 7545
Jumlah Pelawat 228458

Test

sasasasasasasasa