Dimaklumkan bahawa pentadbiran ini akan mengadakan urusan pemangkuan/kenaikan pangkat jawatan di atas. Pengawas Hutan Gred G19/G22 (KUP) layak dipertimbangkan bagi pemangkuan Pengawas Hutan G22 Hakiki apabila telah:

1 Dilantik sebagai Pengawas Hutan Gred G19 sebelum atau pada 31 Disember 2016;

2. Disahkan dalam perkhidmatan Pengawas Hutan Gred G19;

3. Tidak hilang kekananan disebabkan faktor berikut;

a. Cuti separuh gaji;

b. Cuti tanpa gaji; dan

c. Pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda.

4. Wajaran Markah LNPT keseluruhan bagi 3 tahun 2017, 2018 dan 2019 (tidak kurang dari 80%);

5. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

6. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;

7. Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;

8. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa. Sekurang-kurangnya perisytiharan harta pegawai yang terakhir ialah pada atau selepas 01 April 2016;

9. Bebas dari senarai Peminjam Pendidikan Tegar;

10. Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/ Tabung Pendidikan dan;

11. Wajib mendaftar sebagai Ahli Puspanita bagi;

- calon wanita; dan

- pasangan (isteri) - bagi calon lelaki)

Pegawai-pegawai yang layak seperti syarat di atas boleh dipertimbangkan pemangkuan ke jawatan berkenaan dan diminta mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

Senarai Semak Urusan Pemangkuan/Kenaikan Pangkat Jawatan/Gred: Pegawas Hutan Gred G22 Hakiki
 i.  Lampiran A  Borang Kenaikan Pangkat/Akuan Pegawai dan Pengesahan Maklumat Pegawai/Perakuan Ketua Jabatan;
 ii.  Lampiran B  Borang Akuan Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan;
 iii.  Lampiran C  Maklumat pegawai yang memohon dan layak dipertimbangkan mengikut susunan kekananan (diisi oleh Ketua Jabatan - sebagai kawalan kelompok);
 iv.  Lampiran D  Borang Butir-butir Peribadi
 v.  LNPT  Satu (1) salinan CV LNPT HRMIS (LNPT 2017, 2018 dan 2019) yang telah disahkan.
 vi.  Kenyataan Perkhidmatan yang telah disahkan  (i) Dilantik sebagai Pegawas Hutan Gred G19;
     (ii) Disahkan dalam perkhidmatan Pegawas Hutan Gred G19;
     (iii) Pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (Jika ada);
     (iv) Dinaikan pangkat sebagai Pegawas Hutan Gred G22 (KUP) (Jika ada);
     (v) Cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji (Jika ada);
     (vi) Pengisytiharan harta pegawai yang terakhir ialah pada atau selepas 01 April 2016;
     (vii) Hukuman tatatertib (JIka ada);
 vii.  SPRM  Satu salinan keputusan Surat Tapisan Keutuhan SPRM
 viii.  PUSPANITA  Salinan kad/surat/resit puspanita

Semua dokumen di atas yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke pentadbiran ini sebelum atau pada 10 Februari 2020 (Rabu) untuk tindakan selanjutnya. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.

 

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI

PAHANG DARUL MAKMUR

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 November 2021.
Hari Ini 248
Semalam 280
Minggu Ini 816
Bulan Ini 248
Jumlah Pelawat 229468

Test

sasasasasasasasa