Permohonan adalah dipelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti keterangan berikut:-

 

1. JAWATAN  
  (a) Nama Jawatan PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
  (b) Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA
  (c) Klasifikasi Perkhidmatan PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
  (d) Taraf Jawatan SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari)
  (e) Tempoh Jawatan 3 BULAN
    (Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi)
  (f) Kadar Upah RM 54.00 SEHARI
  (g) Waktu Bekerja 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT)
  (h) Tempat Bertugas PEJABAT HUTAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
   
  (a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang;
  (b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  (c) Berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;  
  (d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
  (e) Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama; 
  (f) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing; dan 
  (g) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan.
  (h) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari Cameron Highlands atau penduduk tetap di Cameron Highlands.  
     
 3. FUNGSI BIDANG TUGAS  
  (a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Perkeranian/Operasi di Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands 
  (b) Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut: 
  i. Membantu merekodkan surat masuk, surat keluar dan membuat edaran secara teratur selaras dengan arahan yang diberikan. 
  ii. Membantu menaip, membuat salinan dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan. 
  iii. Membantu merekod, mengurus dan mencari fail pentadbiran seperti diarahkan. 
  iv. Membantu Pengurusan Stor dan Pengurusan Aset; 
  v. Membantu Menjalankan tugas-tugas Kewangan. 
  vi. Membantu Tugas di Kaunter Operasi; 
  vii. Membantu Memasukkan Data Resit dan Data Cukai kedalam sistem Eko Rimba; 
  viii. Membantu Mendaftar lesen dengan memasukkan maklumat pelesen kedalam sistem; 
  ix. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 
     
 4. PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN 
  Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
     
5. CARA MEMOHON  
  (a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini;
  (b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon.
  (c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
  i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
  ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan;
  iii. Tidak Lengkap atau tidak terang;
  iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
  v. Tidak ditandatangani.
     
 6. ALAMAT PENGHANTARAN   
  Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 5 Mac 2021 (Jumaat), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. 
     
  Pegawai Hutan Daerah,  
  Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands,  
  39000 Tanah Rata,  
  Cameron Highlands  
  (u/p : Unit Sumber Manusia)  
     
 7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 Mac 2021
     
 8. CATATAN AM  
  i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga; 
  ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan 
  iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan. 

 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 November 2021.
Hari Ini 248
Semalam 280
Minggu Ini 816
Bulan Ini 248
Jumlah Pelawat 229468

Test

sasasasasasasasa