Permohonan adalah dipelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti keterangan berikut:-

1. JAWATAN  
  (a) Nama Jawatan PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
  (b) Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA
  (c) Klasifikasi Perkhidmatan PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
  (d) Taraf Jawatan SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari)
  (e) Tempoh Jawatan 3 BULAN
    (Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi)
  (f) Kadar Upah RM 54.00 SEHARI
  (g) Waktu Bekerja 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT)
  (h) Tempat Bertugas PEJABAT HUTAN DAERAH BENTONG
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
   
  (a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang;
  (b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  (c) Berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  (d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  (e) Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama;
  (f) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing; dan
  (g) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan.
  (g) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari Daerah Bentong atau penduduk tetap di Daerah Bentong.
     
3. FUNGSI BIDANG TUGAS  
  (a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Perkeranian/Operasi di Pejabat Hutan Daerah Bentong.
  (b) Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut:
  i. Membantu merekodkan surat masuk, surat keluar dan membuat edaran secara teratur selaras dengan arahan yang diberikan.
  ii. Membantu menaip, membuat salinan dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
  iii. Membantu merekod, mengurus dan mencari fail pentadbiran seperti diarahkan.
  iv. Membantu pengurusan stor dan pengurusan aset.
  v. Membantu menjalankan tugas-tugas kewangan.
  vi. Membantu tugas di Kaunter Operasi.
  vii. Membantu memasukkan data resit dan data cukai ke dalam sistem.
  viii. Membantu mendaftar lesen dengan memasukkan maklumat pelesen kedalam sistem.
  ix. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
     
4. PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
  Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
     
5. CARA MEMOHON  
  (a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini;
  (b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon.
  (c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
  i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
  ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan;
  iii. Tidak Lengkap atau tidak terang;
  iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
  v. Tidak ditandatangani.
     
6. ALAMAT PENGHANTARAN  
  Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 21 Mei 2021 (Jumaat), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
     
  Pegawai Hutan Daerah  
  Pejabat Hutan Daerah Bentong
 
  JKR 241, Jalan Bukit
 
  Bandar Indera Mahkota,  
  28700 BENTONG  
  (u/p : Unit Pentadbiran)  
     
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Mei 2021
     
8. CATATAN AM  
  i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga;
  ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 November 2021.
Hari Ini 246
Semalam 280
Minggu Ini 814
Bulan Ini 246
Jumlah Pelawat 229466

Test

sasasasasasasasa