Taman Eko Rimba Sungai Pandan

Lokasi
Kopartmen 406, Hutan Simpan Berkelah seluas 20 hektar di daerah Kuantan. Kedudukannya 25 km dari bandar Kuantan, melalui Jalan Kuantan - Gambang atau Kuantan - Sungai Lembing.

Cetak
Tarikan
Air terjun yang cantik dengan ketinggian 100 meter dengan air sungai yang jernih, yang menyegarkan dan sangat sesuai untuk mandi manda. Kehijauan hutan semulajadi yang terkandung di dalamnya tumbuhan beranika jenis seperti Keruing Bumbung dan Keruing Chongan mengundang pelbagai spesis burung, rama-rama serta serangga.
Selain daripada itu terdapat juga arboretum rotan asal seluas 5 hektar, tanaman rotan manau dan projek hutan lipur ini.
Hutan Lipur Sungai Pandan telah digunakan sebagai lokasi untuk pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, perkelahan, 'Jungle Trekking', kajian mengenai tumbuh-tumbuhan, penggambaran filem dan iklan serta aktiviti belia dan murid-murid sekolah.


Kemudahan


Jalan masuk berturap, tempat letak kereta, tandas lelaki dan perempuan, bangku rehat dan pondok rehat, gerai makan, tong sampah, jambatan gantung dan sebagainya.
Jenis Hutan
Hutan Diterokarp Pamah

Cetak