Kursus Desktop Management Siri 1

Kuantan, 5 Jun 2013 - Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Desktop Management Siri 1 bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Semambu, Kuantan. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 25 orang peserta dari PSN Bukit Sekilau, PHD Kuantan/Pekan/Maran, PHD Temerloh/Bera, PHD Lipis, PHD Rompin dan PHD Jerantut. Penceramah yang disediakan oleh pihak POLISAS ialah Puan Latifah binti Sisam dari Jabatan Perdagangan, POLISAS.

Kursus ini bertujuan untuk menambah kemahiran kaitangan berkaitan penyelesaian masalah rutin dalam penggunaan peralatan ICT dan seterusnya boleh menjadi pemudahcara di jabatan masing-masing. Pemahaman peserta diuji di akhir kursus dengan diadakan satu ujian ringkas oleh penceramah. Berdasarkan keputusan, rata-rata peserta memahami kandungan kursus tersebut dan berpuas hati dengan silibus yang disampaikan.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.