• Utama
  • Icon Media
  • Arkib
  • Berita
  • 2011
  • Latihan Asas Pemahaman, Pengendalian dan Pemanduan Menggunakan Kenderaan 4x4

Ops Udara JPN Pahang

 

Kuantan, 23 Disember 2013 - Aktiviti pemantauan dari udara oleh Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) terus dilakukan dalam usaha memastikan kegiatan yang menyalahi undang-undang tidak terus berlaku di negeri ini. Operasi yang bermula pada 23 Disember dan berakhir pada 24 Disember 2013 itu diketuai oleh oleh Pegawai Penguatkuasa Zon Pahang Barat, Encik Razali Abdu Raman, dan turut disertai oleh Pegawai Hutan Daerah Lipis, Encik A. Rahim bin Omar, Pegawai Hutan Daerah Jerantut, Encik Norddin bin Noor dan Pegawai Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran, Encik Mohd. Khairul Anuar bin Rahim.

Hari pertama operasi yang mengambil masa kira-kira lima jam lebih tertumpu di kawasan Jerantut, Lipis, Raub dan Bentong termasuk sempadan Perak dan Kelantan. Manakala hari kedua operasi pula dilakukan di kawasan Kuantan, Rompin, Temerloh dan Maran seterusnya di sepanjang sempadan Pahang dan Terengganu. Selain memantau aktiviti pencerobohan hutan, operasi yang turut disertai oleh Penolong Pegawai Hutan Darah serta Renjer Penguatkuasa turut meninjau kegiatan perlombongan. Menurut ketua operasi, dilaporkan tiada sebarang aktiviti pencerobohan hutan dan kegiatan perlombongan tanpa lesen ditemui.

Secara keseluruhannya, operasi ini dianggap berjaya mencapai matlamatnya kerana memberi peluang kepada pegawai yang terbabit memantau sendiri kawasan hutan di bawah seliaan daerah masing-masing. Operasi seumpama ini akan diadakan setiap tahun dalam usaha memastikan kawasan hutan di negeri ini tidak mudah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.