• Utama
  • Icon Media
  • Arkib
  • Berita
  • 2015
  • Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Meraikan Persara 2015 JPN Pahang

Kursus Pertolongan Cemas dan CPR

Kuantan, 11 Jun 2013 - Kursus Pertolongan Cemas dan CPR Siri 1 telah diadakan di Pusat Latihan Pembangunan Hutan Belimbing dan dihadiri oleh 30 orang peserta di kalangan Renjer Hutan, Pengawas Hutan dan Pekerja Awam Khas yang melibatkan semua Pejabat Hutan Daerah dan Unit, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Pihak jabatan telah menjemput penceramah dari Persatuan Bulan Sabit Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Encik Choi Chee Ping dan Cik Cheng Kah Wai.

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman tentang prinsip Pertolongan Cemas dalam usaha menyelamatkan nyawa, mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk dan memberi kelegaan dan keselesaan kepada pesakit. Sepanjang kursus, peserta diberi pendedahan berkaitan teknik-teknik dan kemahiran memberikan pertolongan cemas dan teknik melakukan CPR bagi menghadapi sebarang kemalangan semasa menjalankan tugas. Di akhir sesi, satu peperiksaan ringkas telah diberikan kepada semua peserta kursus bagi mengetahui tahap kefahaman peserta berkenaan dengan kursus/ceramah yang telah disampaikan. Kursus tamat pada jam 500 petang.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.