• Utama
  • Icon Media
  • Arkib
  • Berita
  • 2011
  • Kursus Penggunaan GIS dan GPS (Tahap 2) bagi Renjer Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Majlis Bacaan Yaasin dan Tazkirah Sempena Ramadhan 1434H

Kuantan, 8 Julai 2013 - PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tazkirah sempena menyambut kedatangan Ramadhan 1434 Hijrah bertempat di Dewan Tingkat 13, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota. Seramai 42 orang ahli PUSPANITA telah menyertai majlis tersebut yang bermula pada jam 9 pagi dan turut hadir bagi melengkapkan majlis ialah Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Pahang iaitu Datin Asmas binti Salleh.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin beramai-ramai yang dipimpin oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Azizah binti Mohd Ali. Majlis kemudian berehat sebentar dan sesi tazkirah disambung selepas selesai minum pagi. Antara pengisian tazkirah tersebut, penceramah telah menyampaikan beberapa tip menghadapi Ramadhan dengan mengisinya dengan amalan-amalan yang dituntut serta doa-doa tertentu yang disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penceramah turut mengupas adab-adab solat sunat tarawih dan solat sunat Aidil Fitri bagi kaum muslimat. Majlis berakhir jam 12 tengah hari dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.