Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013


Pekan, 21 Mac 2013 - "Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat". Itulah tema kepada sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 yang telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Pekan, Pahang baru-baru ini. Program ini adalah anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sebagai urus setia bersama. Dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, program yang bermula jam 9.45 pagi ini telah berakhir pada jam 2.00 petang dengan kehadiran lebih kurang 2000 orang hadirin.

Selain dari kakitangan awam, turut memeriahkan majlis tersebut ialah masyarakat kampung di sekitar, pensyarah dan pelajar UMP. Pelbagai aktiviti menarik disediakan sempena majlis tersebut. Antaranya ialah pameran produk hasil hutan dan tumbuhan herba, jualan buku herba dan produk-produk herba, pertandingan dan kuiz di gerai pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma. Manakala program menanam pokok adalah aktiviti utama pada hari tersebut di mana lebih 900 anak pokok pelbagai spesies telah ditanam oleh para hadirin.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.