• Selamat Datang
  • Pelihara Khazanah
  • Eko Rimba
  • Certification

Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui sumbangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menganjurkan Program Voluntary Carbon Offset Scheme (VCOS). Majlis pelancaran program ini telah diadakan pad 10 Mac 2011 di Runcang, Hutan Simpan Pekan (Tambahan) iaitu sebahagian daripada kawasan Hutan Paya Gambut Pahang Tenggara. Majlis disempurnakan oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Hoh Khai Mun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Pahang. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof. Selain ucapan perasmian, hadirin yang terdiri para kenamaan dan wakil jabatan kerajaan serta wakil pihak MAS turut terlibat dalam aktiviti menanam pokok. Antara pokok yang ditanam ialah Mersawa paya dan Ramin melawis. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dan masyarakat orang asli dari Kampung Runchang.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 22 Ogos 2019.
Hari Ini 69
Semalam 118
Minggu Ini 1245
Bulan Ini 4088
Jumlah Pelawat 60042

Test

sasasasasasasasa