Sukan NRE 2011: Wakil JPN Pahang Cemerlang

Bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Keempat yang bermula dari 15 hingga 17 Julai 2011. Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Pahang telah menghantar wakil 5 pasukan yang telah menjuarai acara masing-masing dalam Kejohanan Sujan Majlis Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan (MAKSPER) 2011 yang lepas di bawah penyertaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Pasukan Bola Tampar (Lelaki), Badminton dan Catur berjaya mengungguli tempat kedua antara agensi/jabatan di bawah NRE. Manakla pasukan Dart menduduki tempat ketiga dan pasukan Karom memperoleh tempat keempat. Di akhir kejohanan tersebut, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia meraih tempat ketiga, manakala juara jatuh kepada Jabatan Pengairan dan Saliran. Sekalung tahniah kepada wakil JPN Pahang khususnya dan kontinjen Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.