• Utama
  • Info Hutan
  • Taman Eko Rimba

Info Taman Eko Rimba

Pengenalan

Negeri Pahang kaya dengan sumber khazanah alam iaitu hutan. Lebih separuh daripada keluasan tanah negeri ini diselaputi rimbunan hijau yang berfungsi sebagai tempat tinggal flora dan fauna selain turut membantu pembangunan sosio ekonomi negara. Hutan di negeri Pahang sarat dengan tarikan alam tersendiri sebagai tempat untuk berekreasi. Sumber-sumber menarik seperti air terjun, aliran air sungai yang dingin, pantai yang indah, batu batuan yang unik dan panorama semulajadi yang seringkali menjadi tumpuan untuk dikunjungi.

Taman eko rimba merupakan satu produk yang berpotensi tinggi ke arah memajukan sektor pelancongan negeri. Bagi memastikan taman eko rimba terus menyumbangkan peranannya untuk kesejahteraan kehidupan masyarakat serta sebagai satu produk pelancongan yang penting di negeri dan negara ini, pelbagai usaha membangunkannya terus ditingkatkan. Di seluruh Pahang terdapat 26 taman eko rimba yang telah dibangunkan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pelbagai kemudahan dan infrastruktur disediakan untuk keselesaan pengunjung menikmati keindahan dan menjalankan aktiviti-aktiviti riadah, pendidikan dan penyelidikan.

Peta Taman Eko Rimba
Objektif dan Konsep
Objektif Penubuhan Taman Eko Rimba

  • menyediakan kemudahan untuk istirehat dan beriadah dikawasan hutan sebagai tempat rekreasi, berkelah, menikmati keindahan semulajadi untuk orang ramai.
  • menyediakan tempat dan kemudahan latihan, pembelajaran, pendidikan dan penyelidikan mengenai alam semulajadi
  • menyediakan kawasan persekitaran yang tenteram dan damai bagi dinikmati oleh pengunjung
  • meningkatkan pembangunan dan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan dengan menjadikan taman eko rimba sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan untuk pelancong dalam dan luar negara dan
  • meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang peranan dan kepentingan perhutanan terhadap kesejahteraan hidup

Konsep

BIL KONSEP PEMBANGUNAN  TAMAN EKO RIMBA
1 Penyelidikan dan Eksplorasi Gua
  1. Gunung Senyum
  2. Taman Rimba Kenong
  3. Taman Negeri Endau Rompin
  4. Ulu Jerangsang
2 Cabaran dan Aktiviti Lasak
  1. Chamang
  2. Lata Berembun
  3. Kem Nusa
  4. Bukit Pelindung
3 Riadah Berkumpulan / Perkhemahan
  1. Lata Jarum
  2. Bukit Bertangga
  3. Kemasul
  4. Jerangkang
  5. Konifer
4 Pendidikan dan Pembelajaran
  1. Som
  2. Parit Falls
5 Perkelahan Keluarga dan Menikmati Keindahan Alam Sekitar
  1. Berserah
  2. Sungai Pandan
  3. Teladas
  4. Berkelah
  5. Lata Meraung
  6. Terenggun
  7. Jerlau
  8. Ulu Tembeling
  9. Lubuk Yu
  10. Lembik
Senarai Taman Eko Rimba Mengikut Daerah

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.