- Memastikan pembukaan kawasan untuk pengusahasilan tidak melebihi CTT yang ditetapkan.
- Memastikan aktiviti Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja, Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur dilaksanakan sekurang-kurangnya 90% daripada matlamat fizikal tahunan yang telah ditetapkan.
- Memastikan proses pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur mencapai tahap piawaian tidak kurang daripada 90%.
- Memastikan Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi.
- Memastikan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan disediakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat tempoh lesen atau tarikh permohonan penutupan lesen daripada pemegang lesen, mengikut mana yang terdahulu.
- Memastikan 90% daripada latihan/kursus dalam perancangan tahunan Jabatan Perhutanan Negeri yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti JPSM dilaksanakan.
- Semua aduan pelanggan akan dijawab dalam masa satu (1) minggu dari tarikh aduan diterima.