• Utama
  • Info Hutan
  • MC&I (Hutan Asli) dan MS ISO 9001:2008

Dasar Keselamatan dan Kesihatan

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan pegawai dan semua kakitangan yang bertugas di Jabatan ini.

Ke arah memenuhi kehendak dasarini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berusaha menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta mengadakan latihan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya semua kakitangan boleh menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

Di samping itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mengambil tindakan untuk menjalinkan kerjasama yang erat di antara pihak pengurusan dengan pekerja dalam mengubal, melaksana, mematau, menilai semula dan membaiki persekitaran kerja akan dikaji dari masa ke semasa bagi memastikan pembaikan berterusan.

Dengan ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berazam untuk mengamalkan budaya kerja yang selamat dan sihat. Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur (Selaras dengan akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994)

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.