Dasar Kualiti

  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008 pada semua peringkat kakitangan dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mengenalpasti dari masa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambahbaik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
  • Semua ketua unit akan memantau dan mengkaji pretasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.
  • Dasar kualiti dihebahkan untuk difahami oleh semua anggota organisasi.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.