Kekayaan sumber khazanah alam semulajadi yang terdapat di Negeri Pahang merupakan salah satu aset penting dalam memajukan sektor ekopelancongan negeri. Ini kerana keunikan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Pahang adalah meliputi sebahagian keluasan tanah Negeri Pahang yang dipenuhi dengan rimbunan kehijauan. Sepertimana yang kita sedia maklum, rimbunan kehijauan ini dilengkapi dengan keindahan spesies flora dan fauna yang sentiasa menjadi tarikan utama bagi para pengunjung. Secara tidak langsung juga, keindahan flora dan fauna ini turut menyumbang kepada peningkatan pembangunan terutamanya dalam sosio ekonomi negara. Kekayaan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Pahang meliputi keunikan menarik seperti air terjun, aliran air sungai, batu – batuan yang menarik serta panorama alam semulajadi yang acap kali menjadi tumpuan para pengunjung.

Untuk makluman, terdapat 26 Taman Eko-Rimba dan dua (2) Taman Negeri yang terdapat di Negeri Pahang. Para pengunjung boleh melakukan aktiviti rekreasi dan beriadah di semua Taman Eko-Rimba (TER) dan dua (2) Hutan Taman Negeri (HTN) di Negeri Pahang ini. Selain daripada itu, terdapat 38 kawasan ekopelancongan lain yang terletak di dalam sebahagian kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Kawasan ekopelancongan ini terdiri daripada kawasan pergunungan, air terjun dan gua – gua yang mana sering menjadi tumpuan para pengunjung yang gemar menjalankan aktiviti pendakian gunung, ‘trekking’ dan penjelajahan gua ‘caving’. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah disediakan oleh JPNP untuk para pengunjung agar dapat menikmati alam semulajadi dalam keadaan selesa dan selamat.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Selasa 21 September 2021.
Hari Ini 215
Semalam 233
Minggu Ini 448
Bulan Ini 3698
Jumlah Pelawat 210950

Test

sasasasasasasasa