Negeri Pahang kaya dengan sumber khazanah alam iaitu hutan. Lebih separuh daripada keluasan tanah negeri ini diselaputi rimbunan hijau yang berfungsi sebagai tempat tinggal flora dan fauna selain turut membantu pembangunan sosio ekonomi negara. Hutan di negeri Pahang sarat dengan tarikan alam tersendiri sebagai tempat untuk berekreasi. Sumber-sumber menarik seperti air terjun, aliran air sungai yang dingin, pantai yang indah, batu batuan yang unik dan panorama semulajadi yang seringkali menjadi tumpuan untuk dikunjungi.

Taman Eko-Rimba merupakan satu produk yang berpotensi tinggi ke arah memajukan sektor pelancongan negeri. Bagi memastikan Taman Eko-Rimba terus menyumbangkan peranannya untuk kesejahteraan kehidupan masyarakat serta sebagai satu produk pelancongan yang penting di negeri dan negara ini, pelbagai usaha membangunkannya terus ditingkatkan. Di seluruh Pahang terdapat 26 Taman Eko-Rimba yang telah dibangunkan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pelbagai kemudahan dan infrastruktur disediakan untuk keselesaan pengunjung menikmati keindahan dan menjalankan aktiviti-aktiviti riadah, pendidikan dan penyelidikan.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 06 Disember 2019.
Hari Ini 219
Semalam 0
Minggu Ini 219
Bulan Ini 1333
Jumlah Pelawat 73839

Test

sasasasasasasasa