Kuantan, 10 September 2013 - Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Intensif MS Word bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Semambu, Kuantan. Kursus ini telah dilaksanakan sebanyak dua sesi. Sesi pertama telah diadakan pada 26 hingga 27 Ogos 2013 dan siri kedua pada 9 hingga 10 September 2013. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 25 orang peserta bagi setiap sesi dan penyertaan telah dibuka kepada semua pejabat dan unit di bawah jabatan ini. Penceramah yang disediakan oleh pihak POLISAS ialah Puan Azra binti Mohd Amirudin, pensyarah dari Jabatan Perdagangan, POLISAS.

Kursus ini direka bagi memberi peluang kepda kakitangan menambah kemahiran menggunakan aplikasi MS Word dalam tugas harian terutama kepada kakitangan beruniform dari Gred 11 ke bawah. Golongan ini tidak terkecuali untuk menggunakan perisian ini kerana skop tugas mereka memerlukan penyediaan laporan berkaitan operasi masing-masing. Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh Encik Shahrul Nizam bin Mohamed, Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, POLISAS.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 27 Mac 2020.
Hari Ini 75
Semalam 62
Minggu Ini 75
Bulan Ini 483
Jumlah Pelawat 97699

Test

sasasasasasasasa