Kuantan, 2 Ogos 2013 - Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadhan 1434 H bertempat di Dewan Tingkat 13, Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan. Program Tadarus Al-Quran telah dijalankan seminggu lebih awal dan disertai oleh 20 orang kakitangan dari Pejabat Hutan Negeri dan Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau. 

Majlis khatam ini telah dipimpin oleh Tuan Haji Azmi bin Ahmad, Pengawas Hutan dari Pejabat Pembangunan Hutan, Bukit Sekilau. Turut memberi sokongan kepada majlis tersebut ialah Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Mohd Paiz bin Kamaruzaman dan Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan I), Encik Norhaidi bin Yunus. Seramai 20 orang kakitangan telah menyertai bacaan khatam Al-Quran dan seterusnya bacaan tahlil tersebut.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 02 Julai 2020.
Hari Ini 118
Semalam 167
Minggu Ini 1761
Bulan Ini 1179
Jumlah Pelawat 108781

Test

sasasasasasasasa