• Laman Utama
  • Mengenai JPNP
  • Info Korporat
  • Polisi Jabatan

POLISI PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK MENGGUNAKAN KAEDAH MESRA ALAM DAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA SECARA TERKAWAL

Adalah menjadi polisi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi melaksanakan pengurusan makhluk perosak yang menitikberatkan aspek keselamatan manusia dan kesejahteraan alam sekitar.  Polisi ini perlu diamalkan bagi mengelak dan mengawal kesan bahaya penggunaan bahan kimia terhadap manusia dan alam sekitar.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi dalam merealisasikan polisi ini ialah :

1. Melaksanakan amalan pengurusan tanaman terbaik menerusi;

  • Pemilihan lokasi tanaman yang bersesuaian
  • Pemilihan dan penggunaan bahan tanaman bebas penyakit dan/atau rintang kepada makhluk perosak
  • Pemilihan baja dan kaedah pembajaan yang betul
  • Sistem pengairan dan saliran yang baik
  • Merumput, menebas dan memangkas dengan kaedah yang betul
  • Kebersihan kawasan tanaman

2.  Melaksanakan amalan kawalan makhluk perosak tanaman terbaik dengan;

  • Pengawasan makhluk perosak pada tanaman (mengenalpasti jenis makhluk perosak dan kaedah kawalannya pada peringkat awal)
  • Melaksanakan kawalan secara fizikal seperti pemasangan jaring, perangkap lampu dan pelekat warna feromon
  • Melaksanakan kawalan secara biologi seperti penggunaan pemangsa dan parasit
  • Melaksanakan kawalan secara kimia hanya jika perlu (racun kimia sebagai pilihan kaedah kawalan yang terakhir)

3.  Mematuhi perundangan dan lain-lain peraturan dengan;

  • Mematuhi kehendak perundangan seperti yang termaktub di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan terlibat
  • Mematuhi kehendak perundangan seperti yang termaktub di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan terlibat
  • Mematuhi kehendak perundangan seperti yang termaktub di dalam Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2004) dan peraturan-peraturan terlibat

4.  Melaksanakan penambahbaikan secara berterusan melalui;

  • Pemantauan, penyeliaan, penyelidikan, latihan serta kajian semula ke atas polisi ini dari semasa ke semasa

 

DATO' DR. MOHD HIZAMRI BIN MOHD YASIN, DIMP., PMP., AMP.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur

22 Disember 2017

 

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 12 April 2019.
Hari Ini 54
Semalam 90
Minggu Ini 1116
Bulan Ini 3667
Jumlah Pelawat 40163

Test

sasasasasasasasa