• Laman Utama
  • Mengenai JPNP
  • Info Korporat
  • Wawasan, Misi dan Objektif

WAWASAN

Untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam Pengurusan Hutan Tropika secara berkekalan.

MISI

Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

OBJEKTIF

  • Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum sesuai dengan keperluan alam sekitar
  • Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber
  • Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
  • Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat, air dan tanah serta penggunaannya secara berkekalan.
  • Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
  • Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
  • Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang pekerjaan.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

Map JPNP   Streetview JPNP   Instagram JPNP

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 27 November 2020.
Hari Ini 25
Semalam 139
Minggu Ini 25
Bulan Ini 5404
Jumlah Pelawat 144517

Test

sasasasasasasasa