Seksyen Pengurusan Hutan
Seksyen Pengurusan Hutan
Fungsi Seksyen:
- Menyediakan dokumen-dokumen pelesenan berkaitan dengan pengusahasilan hutan dan industri berasaskan hutan serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan supaya selaras dengan keperluan Dasar Perhutanan Negara;
- Menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada pengusaha kilang;
- Mengkaji pengembangan, kemajuan dan pembangunan industri berasaskan kayu.
Seksyen Hutan Lipur
Seksyen Hutan Lipur
Fungsi Seksyen:
- Merancang, melaksana dan memantau projek Hutan Lipur yang terdapat di negeri Pahang selaras dengan kehendak dan keperluan Kerajaan Negeri Pahang;
- Merancang, melaksana dan memantau projek Ekopelancongan dan hutan masyarakat yang terdapat di Negeri Pahang selaras dengan kehendak dankeperluan kerajaan negeri;
- Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan publisiti dan pengembangan seperti pameran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang;
- Mengkaji penubuhan Hutan Taman Negeri dan Hutan Lipur yang baru untuk ditubuhkan;
- Menganjurkan aktiviti rekreasi, ekspedisi dan ceramah perhutanan secara tepat dan berkala; dan
- Mencetak dan menerbitkan risalah dan buletin perhutanan untuk edaran umum.
Sekyen Penguatkuasaan
Sekyen Penguatkuasaan
Seksyen Penguatkuasaan terbahagi kepada dua zon iaitu Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Barat.
Fungsi Seksyen:
Fungsi Seksyen:
- Menjalankan penguatkuasaan Undang-undang Hutan sepertimana yang dikehendaki oleh Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987 serta Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan berkaitan;
- Menyediakan kertas siasatan berkaitan dengan kesalahan hutan dan menjalankan pendakwaan di mahkamah sekiranya perlu berbuat demikian;
- Menjalankan kerja-kerja risikan terhadap kesalahan dan penerokaan hutan dalam usaha mencegah pencerobohan kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Seksyen Industri dan Pengusahasilan
Seksyen Industri dan Pengusahasilan
Fungsi Seksyen:
- Menyediakan dokumen-dokumen pelesenan berkaitan dengan pengusahasilan hutan dan industri berasaskan hutan serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan suoaya selaras dengan keperluan Dasar Perhutanan Negara;
- Menyedia khidmat nasihat teknikal kepad pengusaha kilang; dan
- Mengkaji pengembangan kemajuan dan pembangunan industri berasaskan kayu.
Unit Sokongan Teknikal
Unit Sokongan Teknikal
Fungsi Unit:
- Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kelarian jalan tuju serta mengawal selia pembinaan jalan dalam kawasan usahasil agar menepati kehendak Spesifikasi Jalan Hutan (Garis Panduan Hutan 2010);
- Memantau oembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur supaya selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan;
- Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kejuruteraan hutan, merancang pembinaan jalan hutan serta segala infrastruktur;
- Menyediakan dokumen sebutharga dan tender kontrak;
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod infrastruktur;
- Menyediakan maklumat rancangan keperluan infrastruktur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang; dan
- Mengawal selia kenderaan jabatan.