Kem Perhutanan Peringkat Negeri Pahang 2017

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mengadakan Kem Perhutanan Peringkat Negeri Pahang pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh    :  25 hingga 28 September 2017 (Isnin - Khamis)
Tempat  :  Pusat Latihan Perhutanan Pahang, Belimbing, Kuantan, Pahang.

 

Cetak   Emel

Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bukit Bujang, Cameron Highlands

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mengadakan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Bukit Bujang, Cameron Highlands, Pahang  pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh    :  20 hingga 24 Ogos 2017 (Ahad - Khamis)
Tempat  :  Hutan Simpan Bukit Bujang, Daerah Cameron Highlands, Pahang

 

Cetak   Emel

Penutupan Denai Gunung Brinchang (Trek No.1) & Kawasan Menara Pandang

Penutupan Denai Gunung Brinchang (Trek No.1) & Kawasan Menara Pandang

Dimaklumkan bahawa bermula 01 April 2017 Denai Gunung Brinchang (Trek No.1) dan kawasan menara pandang di puncak Gunung Brinchang telah ditutup kepada orang awam dan sebarang aktiviti pendakian atau rekreasi tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, denai baru iaitu Gunung Brinchang Barat bagi menggantikan denai bagi tujuan aktiviti pendakian dan rekreasi telah dibuka.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut sila berhubung terus dengan Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands atau di talian 05-491 1384.


Cetak   Emel

Penguatkuasaan Pindaan 2016 Bagi Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Pahang 1987

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ke 27/2016 dan 28/2016 telah bersetuju meluluskan perkara-perkara berikut yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017:

  1. Penyelarasan kadar Ses Pembangunan Hutan pada Jadual ketiga Akta Perhutanan Negara 1984 daripada RM10.00 semeterpadu kepada RM11.00 semeterpadu.
  2. Penyelarasan Kadar Fee Pelbagai pada Jadual Keempat Kaedah-Kaedah Hutan 1987 seperti di Lampiran I.
  3. Penambahan Perkara Fee Pelbagai pada Jadual Keempat Kaedah-Kaedah Hutan 1987 seperti di Lampiran II.
  4. Penyelerasan Kadar Baharu Royalti Balak dan Kayu Jaras Pada Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Hutan 1987 seperti di Lampiran.
  5. Penaksiran kadar royalti balak/kayu jaras pendek ialah RM4.00 semeterpadu susun dengan mengambil kira isipadu pukal muatan lori dengan mengukur panjang, lebar dan tinggi muatan atau susunan. Ses Pembangunan Hutan juga hendaklah dikenakan bagi setiap pengeluaran kayu balak/kayu jaras pendek pada kadar 10% daripada jumlah royalti.

 

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.