• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Permohonan
  • Permit Penggunaan

Nama Lesen

Permit Penggunaan (Borang 4)

Aktiviti / Jenis Lesen

Menduduki atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal.

Tujuan

Kebenaran menduduki atau menjalankan mana­-mana aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal bagi tujuan:­
  1. Penyelidikan
  2. Rekreasi
  3. Pelajaran atau latihan
  4. Penggunaan sumbar air
  5. Menjalankan Perniagaan
  6. Pembinaan atau pengendalian mini hidro­elektrik
  7. Pertanian/Penternakan
  8. Kuari dan tempat menyimpan pecahan batu-­batan matau (termasuk matau dalam kawasan mambalak)
  9. Penubuhan Insfrasruktur pembalakan

Lokasi Permohonan

  1. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan
  2. Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran Bukit Sekilau, 25200 Kuantan
  3. Pejabat Hutan Daerah Rompin 26800 Rompin
  4. Pejabat Hutan Daerah Bentong, JKR 241, Jalan Bukit 28700 Bentong
  5. Pejabat Hutan Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis
  6. Pejabat Hutan Daerah Raub, Rotan Tunggal 27600 Raub
  7. Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata 39000 Cameron Highlands
  8. Pejabat Hutan Daerah Jerantut Batu 1, Jalan Benta 27000 Jerantut
  9. Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera 28000 Temerloh

Syarat­ permohonan

Syarat­syarat semasa permohonan :
  1. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan ke Pejabat Hutan Negeri atau Pejabat Hutan Daerah mengikut jenis permit yang dimohon berserta dokumen­dokumen yang diperlukan. Contoh : Pelan Kawasan.
  2. Permit Penggunaan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan menjalankan mana­mana aktiviti berikut:
    a.  Penyelidikan
    b.  Rekreasi
    c.  Pelajaran atau latihan
    d.  Penggunaan sumbar air
    e.  Menjalankan Perniagaan
    f.   Pembinaan atau pengendalian mini hidro­elektrik
    e. Pertanian/Penternakan
    f.  Kuari dan tempat menyimpan pecahan batu­batan
    g. matau (termasuk matau dalam akwasan mambalak)
    h. Penubuhan Insfrasruktur pembalakan

  3. Permit Penggunaan tidak boleh dikeluarkan bagi maksud mengambil hasil hutan;
  4. Permit Penggunaan hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lebih dari akhirtahun kalender dalam mana ia mula dikeluarkan dan boleh diperbaharui dari semasa ke semasa;
  5. Permit Penggunaan tidak boleh dipindahmilik atau berpindah atas kematian;vi. Permit Penggunaan boleh digantung atau dibatal;
  6. Mana-­mana harta alih yang dibawa ke atas tanah yang diliputi oleh sesuatu Permit Penggunaan boleh dipindahkan oleh pemunya permit itu dalam tempoh kuatkuasa permit itu, tetapi jika mana­-mana harta alih berada di atas tanah itu lebih dari 90 hari selepas tamat tempoh atau pembatalan permit itu, Pengarah boleh melupuskan harta itu mengikut apa-­apa cara sebagaimana difikirkan patut dan boleh mendapatkan semula daripada pemunya harta atau pemegang permit penggunaan itu apa-­apa perbelanjaan yang ditanggung olehnya dalam melupuskan harta tersebut.
 Fi / Tempoh Sah Laku Permit A. Permit Penggunaan (Borang 4):­
  1. Penyelidikan =  RM 50 / setiap permit setahun
  2. Pelajaran dan Latihan = Tidak dikenakan bayaran
  3. Rekreasi = Mengikut Harga Tawaran
  4. Penggunaan sumber air =  RM 25 / bagi setiap permit setahun
  5. Menjalankan perniagaan = RM 25 / bagi setiap permit setahun
  6. Pembinaan atau pengendalian mini hidroelektrik = RM 300.00 / bagi setiap permit setahun
  7. Pertanian/Penternakan = RM 250.00/ ha
  8. Kuari dan Tempat menyimpan pecahan batu batan = 250.00/ ha
  9. Matau (termasuk matau dalam akwasan membalak) = 250.00/ ha
  10. Tujuan lain yang tidak disebutkan = RM 50/setiap permit
  11. Penubuhan Insfrastuktur pembalakan = RM 100/ ha setahun
B. Tempoh sah laku.

Permit penggunaan hendaklah dikeluarkan bagi satu ( 1 ) tempoh yang tidak lebih dari akhir tahun kalendar dalam mana ia mula dikeluarkan.
Entiti Perniagaan yang
Layak Memohon
  1. Perniagaan
  2. Syarikat
  3. Perkongsian liabiliti
  4. Koperasi

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Khamis 14 Mac 2019.
Hari Ini 207
Semalam 277
Minggu Ini 484
Bulan Ini 4297
Jumlah Pelawat 33841

Test

sasasasasasasasa