• Utama
  • Perlesenan / Permit
  • Mendaki Gunung

Permohonan Mendaki Gunung

Terdapat beberapa gunung di negeri Pahang yang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan gunung-gunung ini terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki HSK terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Berikut adalah senarai gunung/denai (trail) yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

  1. Gunung Irau, Cameron Highlands
  2. Gunung Brinchang, Cameron Highlands
  3. Gunung Berembun, Cameron Highlands
  4. Gunung Yong Belar, Cameron Highlands
  5. Gunung Siku, Cameron Highlands
  6. Gunung Suku, Cameron Highlands
  7. Gunung Benom, Raub
  8. Pine Tree Trail, Bukit Fraser, Raub
  9. Rompin Trail, Bukit Fraser, Raub
  10. Abu Suradi Trail, Bukit Fraser, Raub
  11. Mager Trail, Bukit Fraser, Raub
  12. Gunung Rajah, Bentong
  13. Gunung Tapis, Sg. Lembing, Kuantan
  14. Gunung Nuang, Selangor (tetapi laluan masuk ke Gunung Nuang terletak di Janda Baik, Bentong dan berada dalam kawasan HSK negeri Pahang).

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD berkaitan sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja. Sila kenalpasti PHD berkaitan bagi tujuan permohonan permit tersebut seperti senarai di bawah: 

Gunung Nama/Alamat PHD
Gunung Irau PHD Cameron Highlands
Gunung Brinchang PHD Cameron Highlands
Gunung Berembun PHD Cameron Highlands
Gunung Yong Belar PHD Cameron Highlands
Gunung Siku PHD Cameron Highlands
Gunung Suku PHD Cameron Highlands
Gunung Benom PHD Raub
Pine Tree Trail PHD Raub
Rompin Trail PHD Raub
Abu Suradi Trail PHD Raub
Mageri Trail PHD Raub
Gunung Rajah PHD Bentong
Gunung Nuang PHD Bentong
Gunung Tapis PHD Kuantan/Pekan/Maran

Sila klik DI SINI untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon setiap PHD.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.