• Utama
  • Perlesenan / Permit
  • Permohonan Permit

Permohonan Permit

Permit Penggunaan

Nama Lesen

Permit Penggunaan (Borang 4)

Aktiviti / Jenis Lesen

Menduduki atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal.

Tujuan

Kebenaran menduduki atau menjalankan mana­-mana aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal bagi tujuan:­
  1. Penyelidikan
  2. Rekreasi
  3. Pelajaran atau latihan
  4. Penggunaan sumbar air
  5. Menjalankan Perniagaan
  6. Pembinaan atau pengendalian mini hidro­elektrik
  7. Pertanian/Penternakan
  8. Kuari dan tempat menyimpan pecahan batu-­batan matau (termasuk matau dalam kawasan mambalak)
  9. Penubuhan Insfrasruktur pembalakan

Lokasi Permohonan

  1. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota,
  2. 25990 Kuantan
  3. Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran Bukit Sekilau, 25200 Kuantan
  4. Pejabat Hutan Daerah Rompin 26800 Rompin
  5. Pejabat Hutan Daerah Bentong, JKR 241, Jalan Bukit 26700 Bentong
  6. Pejabat Hutan Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis
  7. Pejabat Hutan Daerah Raub, Rotan Tunggal 27600 Raub
  8. Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata 39000 Cameron Highlands
  9. Pejabat Hutan Daerah Jerantut Batu 1, Jalan Benta 27000 Jerantut
  10. Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera 28000 Temerloh

Syarat­ permohonan

Syarat­syarat semasa permohonan :
  1. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan ke Pejabat Hutan Negeri atau Pejabat Hutan Daerah mengikut jenis permit yang dimohon berserta dokumen­dokumen yang diperlukan. Contoh : Pelan Kawasan.
  2. Permit Penggunaan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan menjalankan mana­mana aktiviti berikut:
    a.  Penyelidikan
    b.  Rekreasi
    c.  Pelajaran atau latihan
    d.  Penggunaan sumbar air
    e.  Menjalankan Perniagaan
    f.   Pembinaan atau pengendalian mini hidro­elektrik
    e. Pertanian/Penternakan
    f.  Kuari dan tempat menyimpan pecahan batu­batan
    g. matau (termasuk matau dalam akwasan mambalak)
    h. Penubuhan Insfrasruktur pembalakan

  3. Permit Penggunaan tidak boleh dikeluarkan bagi maksud mengambil hasil hutan;
  4. Permit Penggunaan hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lebih dari akhirtahun kalender dalam mana ia mula dikeluarkan dan boleh diperbaharui dari semasa ke semasa;
  5. Permit Penggunaan tidak boleh dipindahmilik atau berpindah atas kematian;vi. Permit Penggunaan boleh digantung atau dibatal;
  6. Mana-­mana harta alih yang dibawa ke atas tanah yang diliputi oleh sesuatu Permit Penggunaan boleh dipindahkan oleh pemunya permit itu dalam tempoh kuatkuasa permit itu, tetapi jika mana­-mana harta alih berada di atas tanah itu lebih dari 90 hari selepas tamat tempoh atau pembatalan permit itu, Pengarah boleh melupuskan harta itu mengikut apa-­apa cara sebagaimana difikirkan patut dan boleh mendapatkan semula daripada pemunya harta atau pemegang permit penggunaan itu apa-­apa perbelanjaan yang ditanggung olehnya dalam melupuskan harta tersebut.
 Fi / Tempoh Sah Laku Permit A. Permit Penggunaan (Borang 4):­
  1. Penyelidikan =  RM 50 / setiap permit setahun
  2. Pelajaran dan Latihan = Tidak dikenakan bayaran
  3. Rekreasi = Mengikut Harga Tawaran
  4. Penggunaan sumber air =  RM 25 / bagi setiap permit setahun
  5. Menjalankan perniagaan = RM 25 / bagi setiap permit setahun
  6. Pembinaan atau pengendalian mini hidroelektrik = RM 300.00 / bagi setiap permit setahun
  7. Pertanian/Penternakan = RM 250.00/ ha
  8. Kuari dan Tempat menyimpan pecahan batu batan = 250.00/ ha
  9. Matau (termasuk matau dalam akwasan membalak) = 250.00/ ha
  10. Tujuan lain yang tidak disebutkan = RM 50/setiap permit
  11. Penubuhan Insfrastuktur pembalakan = RM 100/ ha setahun
B. Tempoh sah laku.

Permit penggunaan hendaklah dikeluarkan bagi satu ( 1 ) tempoh yang tidak lebih dari akhir tahun kalendar dalam mana ia mula dikeluarkan.
Entiti Perniagaan yang
Layak Memohon
  1. Perniagaan
  2. Syarikat
  3. Perkongsian liabiliti
  4. Koperasi
Permit Carigali

Nama Lesen

Permit Mencarigali dalam Hutan Simpanan Kekal (Borang J)

Aktiviti / Jenis Lesen

Mencarigali longgokan­-longgokan galian di dalam sesuatu Hutan Simpanan Kekal.

Tujuan

Permit untuk mencarigali longgokan­longgokan galian di dalam sesuatu Hutan Simpanan Kekal.

Lokasi Permohonan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Syarat­ permohonan

  1. Mendapat kelulusan carigali daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
  2. Menjelaskan semua bayaran yang berkaitan
Tiap­-tiap permit hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada apa­apa peruntukan yang terkandung di dalamnya setakat mana tidak berlawanan dengan mana-­mana peruntukan lain yang ditetapkan.

Fi/Tempoh Sah Laku Lesen

Kadar Fi:

Mencarigali galian-­galian: RM 500 bagi tiap-­tiap 400 ha pertama setahun dan RM 250 bagi tiap-­tiap 400 ha kedua setahun atau sebahagian daripadanya

Kuari dan Tempat Menyimpan Pecahan Batu­batan: RM 250/ha atau sebahagian daripadanya setahun

Tempoh sah laku adalah mengikut tempoh di dalan Lesen Carigali dan Skim Carigali yang diluluskan oleh PTG selagi pembayaran Fi dibuat bagi setiap tahun

Entiti Perniagaan yang Layak Memohon

Syarikat/ koperasi (Yang telah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang)

Permit Jalan

Nama Lesen

Permit Jalan (Borang 7)

Aktiviti / Jenis Lesen

Menggunakan Jalan-­jalan dalam Hutan Simpanan Kekal bagi seseorang pemegang lesen usahasil untuk mengeluarkan hasil hutan.

Tujuan

Permit bagi menggunakan jalan­jalan dalam Hutan Simpanan Kekal bagi seseorang pemegang lesen usahasil.

Lokasi Permohonan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Syarat­ permohonan

  1. Merupakan seorang pemegang lesen usahasil yang sah
  2. Menjelaskan semua bayaran yang berkaitan

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang boleh memberi kebenaran untuk membina dan menggunakan Jalan Hutan serta mengeluarkan arahan penyenggaraan Jalan Hutan sebagaimana difikirkannya perlu bagi maksud Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Fi / Tempoh Sah Laku Permit

Deposit: RM 1,000/km atau sebahagian

Fee: RM 100/km atau sebahagian

Tempoh sah laku adalah mengikut tarikh kuatkuasa lesen usahasil bagi pemegang lesen tersebut dan boleh dilanjutkan tempoh dengan kebenaran pengarah perhutanan negeri melalui notis permohonan selewat­lewatnya 30 hari sebelum tamat tempoh sah laku.

Seseorang pemegang Lesen Mengambil Hasil Hutan yang membina atau menyenggara suatu jalan, pengkhidmat atau ejennya adalah berhak menggunakan jalan itu bagi maksud mengambil hasil hutan dari kawasan lesennya  dan kecuali dengan arahan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, dia tidak boleh melevi apa­-apa caj atau tol bagi kegunaan jalan itu oleh ­orang lain
Entiti Perniagaan yang
Layak Memohon
Syarikat/ koperasi (Yang telah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang)

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.