• Utama
  • Mengenai Kami
  • Maklumat Bahagian/Unit
  • Bahagian Pembangunan

Bahagian Pembangunan

Seksyen Ladang Hutan
Fungsi Seksyen:
  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan projek ladang hutan bertujuan untuk menjamin bekalan kayu-kayan secara berkekalan di samping mengurangkan tekanan dan permintaan yang tinggi ke atas sumber hutan asli yang sedia ada; dan
  2. Menanam spesies-spesies pokok ubatan dan herba, pokok hutan untuk landskap perhutanan bagi tujuan perlindungan dan sebagainya.
Unit Silvikultur
Unit ini terbahagi kepada tiga (3) zon iaitu Zon Timur I, Zon Timur II dan Zon Barat.

Fungsi Unit:
  1. Melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti ladang hutan dan membiakbaik pokok serta kegiatan tapak semaian dan petak-petak kajian/penyelidikan;
  2. Menjalankan dan memantau projek-projek Bancian Hutan Post-F dan Rawatan Silvikultur.
  3. Memantau pelaksanaan program pembangunan hutan dan RTRT selaras dengan kehendak Kup Tahunan yang diluluskan;
  4. Memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO (2002) 9001:2008 JPSM supaya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mencapai tahap yang dikehendaki;
  5. Melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat awam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti menjalankan program penanaman pokok;
  6. Mengurus dan memantau Kawasan Pemeliharaan Hutan Bernilai Tinggi (High Conservation Value Forest);
  7. Melaksanakan program pemeliharaan in-situ dan ex-situ untuk pembangunan sumber kepelbagaian biologi negara (VJR, petak ekologi dan petak contoh); dan
  8. Menyediakan dan melaksanakan Pelan Perlindungan Hutan (penyakit, kebakaran : kawalan dan pencegahan).
Pusat Latihan Perhutanan Pahang (PLPP)
Fungsi PLPP:
  1. Menyediakan program pengembangan dan latihan bagi jabatan, swasta dan agensi-agensi lain;
  2. Menilai keperluan, latihan sumber manusia dalam aspek perhutanan di peringkat negeri; dan
  3. Merangka dan melaksanakan program peperiksaan perkhidmatan dan peperiksaan khas.
Unit Maklumat Hutan
Fungsi Unit:
  1. Membantu melaksanakan kajian-kajian kawasan Tanah Kerajaan yang sesuai untuk dijadikan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK);
  2. Melaksanakan dan memantau projek-projek Wang Levi Kayu Kayan;
  3. Melaksanakan kerja-kerja mengukur, mencuci, menanda dan menyelenggara sempadan luar HSK; dan
  4. Bertanggungjawab menjalankan semakan dan pengesahan sempadan luar HSK bagi permohonan pengusahasilan di atas Tanah Kerajaan dan Tanah Milik yang bersempadan dengan HSK.
Seksyen Perancangan Hutan
Fungsi Seksyen:
  1. Menyediakan laporan bulanan/suku tahun/tahunan di bawah program pembangunan hutan dan mengkaji keberkesanan kos projek-projek yang telah dilaksanakan;
  2. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan pembangunan hutan berasaskan program Rancangan Malaysia (RMK) yang telah ditetapkan;
  3. Menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) serta memantau pelaksanaan program pembangunan hutan selaras dengan kehendak Kup Tahunan yang diluluskan; dan
  4. Menyediakan Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan laporan-laporan berkaitan yang diperlukan oleh Jabatan.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.