• Utama
  • Mengenai Kami
  • Maklumat Bahagian/Unit
  • Bahagian Operasi

Bahagian Operasi

Seksyen Pengurusan Hutan
Fungsi Seksyen:
  1. Menyediakan dokumen-dokumen pelesenan berkaitan dengan pengusahasilan hutan dan industri berasaskan hutan serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan supaya selaras dengan keperluan Dasar Perhutanan Negara;
  2. Menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada pengusaha kilang;
  3. Mengkaji pengembangan, kemajuan dan pembangunan industri berasaskan kayu.
Sekyen Penguatkuasaan
Seksyen Penguatkuasaan terbahagi kepada dua zon iaitu Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Barat.

Fungsi Seksyen:
  1. Menjalankan penguatkuasaan Undang-undang Hutan sepertimana yang dikehendaki oleh Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987 serta Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan berkaitan;
  2. Menyediakan kertas siasatan berkaitan dengan kesalahan hutan dan menjalankan pendakwaan di mahkamah sekiranya perlu berbuat demikian;
  3. Menjalankan kerja-kerja risikan terhadap kesalahan dan penerokaan hutan dalam usaha mencegah pencerobohan kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Seksyen Hutan Lipur
Fungsi Seksyen:
  1. Merancang, melaksana dan memantau projek Hutan Lipur yang terdapat di negeri Pahang selaras dengan kehendak dan keperluan Kerajaan Negeri Pahang;
  2. Merancang, melaksana dan memantau projek Ekopelancongan dan hutan masyarakat yang terdapat di Negeri Pahang selaras dengan kehendak dankeperluan kerajaan negeri;
  3. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan publisiti dan pengembangan seperti pameran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang;
  4. Mengkaji penubuhan Hutan Taman Negeri dan Hutan Lipur yang baru untuk ditubuhkan;
  5. Menganjurkan aktiviti rekreasi, ekspedisi dan ceramah perhutanan secara tepat dan berkala; dan
  6. Mencetak dan menerbitkan risalah dan buletin perhutanan untuk edaran umum.
Seksyen Industri dan Pengusahasilan
Fungsi Seksyen:
  1. Menyediakan dokumen-dokumen pelesenan berkaitan dengan pengusahasilan hutan dan industri berasaskan hutan serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan suoaya selaras dengan keperluan Dasar Perhutanan Negara;
  2. Menyedia khidmat nasihat teknikal kepad pengusaha kilang; dan
  3. Mengkaji pengembangan kemajuan dan pembangunan industri berasaskan kayu.
Unit Sokongan Teknikal
Fungsi Unit:
  1. Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kelarian jalan tuju serta mengawal selia pembinaan jalan dalam kawasan usahasil agar menepati kehendak Spesifikasi Jalan Hutan (Garis Panduan Hutan 2010);
  2. Memantau oembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur supaya selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan;
  3. Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam urusan berkaitan kejuruteraan hutan, merancang pembinaan jalan hutan serta segala infrastruktur;
  4. Menyediakan dokumen sebutharga dan tender kontrak;
  5. Menyelenggara dan mengemaskini rekod infrastruktur;
  6. Menyediakan maklumat rancangan keperluan infrastruktur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang; dan
  7. Mengawal selia kenderaan jabatan.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.