Audit Surveillance MS ISO 9001:2008 JPN Pahang Tahun 2015

Audit Surveillance bagi Sistem Pengurusan Kualati MS ISO 9001:2008 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tahun 2015 akan diadakan pada 19 hingga 20 Oktober 2015 oleh dua (2) orang juruaudit dari pihak AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Manakala mesyuarat pembukaan pelaksanaan audit akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  20 Oktober 2015 (Selasa)
Masa     :  9.00 pagi
Tempat :  Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau, Kuantan

Penutupan Sementara Hutan Lipur Sungai Pauh, Cameron Highlands

Dimaklumkan bahawa Hutan Lipur Sungai Pauh, Cameron Highlands ditutup kepada semua pengunjung sehingga 31 November 2015 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan dan menaiktaraf infrastruktur di kawasan tersebut. Sehubungan itu, kesulitan berkaitan perkara ini amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Penutupan Sementara Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri

Dimaklumkan mulai 1 November 2015 hingga 31 Januari 2016, Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri di Negeri Pahang akan ditutup kepada pengunjung untuk menjalankan aktiviti termasuk pendakian gunung disebabkan musim hujan. Pengunjung yang tidak mematuhinya, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang: 09 -5732911 - 2914.

Penutupan Sementara Mossy Forest, Cameron Highlands

Dimaklumkan Mossy Forest, Daerah Cameron Highlands ditutup mulai 1 Oktober 2015 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan dan menaiktaraf. Kawasan ini ditutup kepada semua pengunjung mulai tarikh tersebut untuk menjalankan sebarang aktiviti termasuk laluan ke pendakian Gunung Irau. Mossy Forest akan dibuka kepada pengunjung apabila kerja-kerja tersebut telah disiapkan sepenuhnya. Segala kesulitan yang berbangkit dengan keadaan ini amatlah dikesali.

  • 1
  • 2

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 14 Jun 2019.
Hari Ini 131
Semalam 206
Minggu Ini 542
Bulan Ini 2386
Jumlah Pelawat 49080

Test

sasasasasasasasa