Penutupan Sementara Taman Eko-Rimba dan Trek Pendakian Gunung

Adalah dimaklumkan bahawa Taman Eko-Rimba seperti yang tersenarai di bawah serta semua trek pendakian gunung akan ditutup daripada kunjungan awam mulai 1 November 2018 sehingga 31 Januari 2019 menjelang musim tengkujuh. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan yang berlaku jika terdapat pihak yang melanggar arahan ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Seksyen Hutan Lipur di talian 09-5732911/2914 sambungan 280/268.

Pejabat Hutan Daerah Nama Taman Eko-Rimba
Bentong Taman Eko Rimba Chamang
Taman Eko Rimba Lentang
Cameron Highlands Taman Eko Rimba Parit Falls
Taman Eko Rimba Sungai Pauh
Jerantut Taman Eko Rimba Lata Meraung
Taman Eko Rimba Som
Taman eko Rimba Ulu Tembeling
Kuantan/ Pekan/ Maran Taman Eko Rimba Berserah
Taman Eko Rimba Berkelah
Taman Eko Rimba Bukit Pelindung
Taman Eko Rimba Jerangkang
Taman Eko Rimba Teladas

Lipis

Taman Eko Rimba Jeransang
Taman Eko Rimba Kenong
Taman Eko Rimba Terenggun
Raub Taman Eko Rimba Lata Berembun
Taman Eko Rimba Lata Jarum
Taman Eko Rimba Jeriau
Rompin Taman Eko Rimba Menchali
Temerloh/ Bera Taman Eko Rimba Bukit Bertangga
Taman Eko Rimba Gunung Senyum
Taman Eko Rimba Lubuk Yu

Audit Dalam Pemantauan Persijilan Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli) JPN Pahang Tahun 2018

Audit Dalaman Pensijilan Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tahun 2018 akan diadakan pada 13 hingga 17 Ogos 2018. Mesyuarat pembukaan dan penutupan audit akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Mesyuarat Pembukaan Audit

Tarikh   :  13 Ogos 2018 (Isnin)
Masa     :  9.00 pagi
Tempat :  Bilik Mesyuarat, Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran


Mesyuarat Penutupan Audit

Tarikh   :  17 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa     :  9.00 pagi
Tempat :  Bilik Mesyuarat, Pusat Perolehan Biji Benih dan bahan Tanaman, Lentang

Notis Penutupan Trek Mini Irau

Dimaklumkan bahawa trek pendakian dari Mini Irau ke Puncak Gunung Irau, Cameron Highlands ditutup mulai 7 Januari 2018 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini disebabkan kawasan tersebut mengalami tanah runtuh dan tidak selamat untuk digunakan oleh pengunjung.

Malaysia Downhill Series di Taman Eko-Rimba Bukit Pelindung

Malaysian Downhill

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan menganjurkan program Malaysia Downhill Series di Taman Eko-Rimba Bukit Pelindung, Kuantan pada 7 hingga 8 Julai 2018.
Penyertaan masih dibuka kepada orang ramai secara online di pautan di bawah:

PENDAFTARAN ONLINE

Jadual Program

7 Julai 2018 (Sabtu)
8.30 pagi - 10.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi -12.00 tengahari : Latihan
2.00 petang : Seeding

8 Julai 2018 (Ahad) 
9.00 pagi - 1.00 petang : Final
1.00 petang : Penyampaian hadiah dan penutup

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut.

Notis Penutupan Taman Negeri Endau Rompin

Dimaklumkan bahawa Taman Negeri Endau Rompin ditutup sementara kepada pengunjung berikutan kerja-kerja membina dan menyiapkan 'Kinchin Rainforest Discovery Centre' dan kerja-kerja berkaitan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur (ECERDC). Taman Negeri Endau Rompin dijangka akan dibuka semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Info Jabatan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan,
Pahang, Malaysia.
Tel: +(609) 5732911
Fax: +(609) 5736152
Emel: forestry[at]pahang[dot]gov[dot]my

     

Paparan & Statistik Pelawat

Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF.

Kemaskini Terakhir : Jumaat 14 Jun 2019.
Hari Ini 134
Semalam 206
Minggu Ini 545
Bulan Ini 2389
Jumlah Pelawat 49083

Test

sasasasasasasasa